Pementasan amal muzikal Sirah Rasulullah Tahajjud Cinta

0
Memaparkan sejarah hidup Rasulullah SAW bersempena sambutan Maulidur Rasul.

Memaparkan sejarah hidup Rasulullah SAW bersempena sambutan Maulidur Rasul.

BERSEMPENA sambutan Maulidur Rasul, Amazon Entertainment dengan kerjasama Istana Budaya mementaskan Sirah Rasulullah Tahajjud Cinta (SRTC) di Panggung Sari Istana Budaya, Kuala Lumpur mulai 3 Januari hingga 6 Januari 2015.

Drama muzikal ini pernah dipentaskan di lokasi sama pada 2008 dan 2009. Sirah Rasulullah Tahajjud Cinta adalah drama muzikal riwayat hidup Nabi Muhammad SAW dari kelahiran hingga kewafatan Baginda diiringi selingan lagu kisah Nabi dan selawat.

Ini juga satu-satunya produksi pementasan teater Islam pertama di Asia Tenggara yang memaparkan sejarah hidup Rasulullah SAW bersempena sambutan Maulidur Rasul. Skrip dan konsep persembahannya juga diluluskan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Artis tersohor negara
Membariskan penyanyi dan tersohor tanahair seperti Dato Siti Nurhaliza, Amy Search, Awie, Tegar, Datin Paduka Umie Aida, Remy Ishak, Beto Kusyairy, Elly Suryati, Dato Rahim Razali, Shiha, Sahronizam, Jessie Lim dan ramai lagi, pementasan drama muzikal tahun ini  bakal menyentuh hati semua penonton.

Selain itu, pementasan SRTC turut menggabungkan 20 orang pelakon utama, 80 orang pelakon tambahan, 15 orang pemuzik yang akan bermain secara  live dan enam penyanyi latar. Set dan props pementasan ini disesuaikan mengikut keadaan sezaman yang terdiri daripada 12 set pentas dan 20 jenis props.

Misi bantuan banjir
Prihatin dengan nasib mangsa banjir di pantai timur, Perak, Perlis dan Johor, semua artis yang terbabit dalam pementasan drama muzikal SRTC muncul dalam pementasan amal sumbangan khas buat mangsa banjir di Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur pada 7 Januari ini.

Pada hari itu, orang ramai dialu-alukan hadir ke Istana Budaya memberi sumbangan barang keperluan seperti makanan, selimut, pakaian serta wang tunai mulai jam 2 petang.

Pengarahnya, Erma Fatima berkata, pada 7 Januari produksi SRTC akan mengadakan pementasan amal dan semua kutipan tiket pada hari itu akan disalurkan kepada mangsa.

Artis dan waktu persembahan
Tarikh : 3 hingga 6 Januari 2015
Waktu : 8.30 Malam
Tempat : Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur
Penerbit : Amazon Entertainment Productions Sdn Bhd.
3 & 4 Januari 2015 : Dato Siti Nurhaliza
5 Jan : Awie
6 Jan : Amy Search
7 Jan : Semua artis terbabit bersempena pementasan malam amal sumbangan mangsa banjir.

Tiket untuk menyaksikan drama muzikal Sirah Rasulullah Tahajjud Cinta pada 3 hingga 6 Januari ini telah dijual mulai 26 Disember 2014. Tiket dijual pada harga RM 53,  RM103, RM153, RM203, RM253 dan RM403. Tempahan secara online boleh dibuat menerusi www.airasia.redtix.com

 

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

Leave A Reply