Peminat kecewa gambar Hanis Zalikha

0
Hanis Zalikha gemar kongsi gambar di Instagram miliknya. Gambar: Google

Hanis Zalikha gemar kongsi gambar di Instagram miliknya. Gambar: Google

HANIS ZALIKHA, nama yang semakin menjadi sebut ketika ini. Daripada dunia blogger, kini meniti populariti sebagai pelakon dan pengacara glamour.

Ramai sedia maklum memang gemar berkongsi gambar di laman Instagram miliknya. Bagaimanapun, gadis cantik ini tersilap langkah apabila satu gambar yang dikongsinya mendapat teguran peminat yang mendakwa dia berpakaian seksi di samping pelakon, Hairul Azreen.

Gambar dikongsikan Hanis ini yang membuat peminatnya kecewa.

Gambar dikongsikan Hanis ini yang membuat peminatnya kecewa.

Dalam gambar itu, Hanis tampil memakai baju tanpa lengan dan turut menyerlahkan susuk tubuhnya yang agak seksi berbeza dengan imej yang dikenali peminatnya sebelum ini.

Berikut antara maklum balas peminat pada gambar yang dikongsi Hanis.

Justeru, tidak hairanlan apabila rata-rata peminat Hanis Zalikha atau lebih mesra dengan panggilan Keknis ini melahirkan rasa kecewa dengan tindakannya memuat naik gambar itu. Ada juga yang ada terkejut dengan penampilannya kerana sebelum ini Hanis jarang tampil dengan berpakaian seperti itu.

Bagaimanapun, gambar itu telah pun dipadamkan daripada Instagramnya. Mungkin Hanis tidak mahu gambar itu terus menjadi isu di kalangan peminatnya.

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

Leave A Reply