Penduduk Maldives dakwa jet terbang rendah

0

KETIKA pencarian multinasional kehilangan pesawat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) diperhebatkan, sebuah portal berita dari Maldives melaporkan bahawa penduduk mendakwa melihat sebuah jet terbang rendah pada 8 Mac, iaitu hari pesawat Boeing 777-ER, lenyap.

Penduduk di kawasan pedalaman pulau Maldives, Kuda Huvadhoo di Dhaal Atoll mendakwa melihat sebuah pesawat terbang rendah pada hari pesawat MAS penerbangan MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing hilang daripada radar, menurut laman web Haveeru.

Ia menyebut penduduk Kuda Huvadhoo memberitahu laman web berkenaan pada Selasa bahawa mereka melihat pesawat itu pada 6.15 pagi pada 8 Mac.

Mereka berkata bahawa ia adalah pesawat putih dengan jalur merah merentasinya – iaitu sebagaimana menyerupai pesawat MAS, lapor laman web itu.

Para saksi dari Kuda Huvadhoo bersetuju bahawa kapal terbang itu dalam perjalanan utara ke tenggara, menuju ke penghujung selatan Maldives-Addu, menurut laporan itu. – Bernama

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

Leave A Reply