Penghargaan Buat Ahli St John Ambulan Malaysia

0

photo-1_tune-protect-st-johnBersempena sambutan Hari Malaysia baru-baru ini turut menyaksikan termeterainya kerjasama antara pembekal insurans digital terkemuka di Malaysia, Tune Protect  dan Majlis Kebangsaan St John Ambulans Malaysia (St John), dalam usaha menghargai nilai kesukarelawanan dan kemanusiaan sekali gus memberi penghargaan kepada ahli St John yang telah lama berkhidmat.

St John mempunyai 60,000 ahli sukarelawan dan menyumbang lebih 3.6 juta jam untuk memberi perkhidmatan komuniti kepada masyarakat pada setiap tahun. Mereka adalah wira-wira negara wajar dijadikan inspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia kerana tekag memberi bantuan perubatan dan perkhidmatan komuniti dengan penuh dedikasi.

Bagi menghargai pengorbanan mereka, Tune Protect baru-baru ini telah menyumbangkan perlindungan insurans Kemalangan Peribadi bernilai RM10 juta kepada St John. Ini sekali gus menjadikan mereka antara pengguna pertama Tune ProPA yang baharu dilancarkan, pelan insurans kemalangan peribadi setahun

Tune ProPA turut menawarkan kelebihan seperti perbelanjaan perubatan selepas kemalangan, elaun pendapatan hospital, hilang keupayaan kekal, kematian akibat kemalangan dan elaun perkabungan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan di Tune Protect, Razman Hafidz Abu Zarim, berkata, Tune Protect memahami kepentingan tugas yang dijalankan sukarelawan St John untuk masyarakat.

“Dedikasi mereka tidak mengenal erti penat lelah, hingga adakalanya perlu berdepa nbahaya. Sempena Hari Malaysia ini dan berpegang kepada nilai “Sehati Sejiwa”, kami berhasrat untuk merakamkan penghargaan kepada golongan istimewa ini yang telah berkorban demi kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia. Sumbangan ikhlas ini bertepatan dengan peranan kami sebagai pembekal insurans digital terkemuka yang memberikan perlindungan insurans komprehensifse cara mudah dan berpatutan kepada rakyat Malaysia,” kata Razman.

Ramai rakyat Malaysia masih tidak nampak kepentingan insurans dan memberi alasan ia bukan keperluan utama atau melibatkan proses rumit. Tune Protect membuktikan yang isu ini bukan lagi penghalang dengan menyediakan pelan yang komprehensif dan memudahkan, sesuai dengan keperluan setiap individu untuk apa-apa situasi.

Kerjasama pro-sosial ini sejajar dengan Kempen Bubble Tune Protect, yang menekankan bagaimana perlindungan komprehensif dan berkesan boleh membentuk ‘gelembung’ perlindungan daripada kemalangan dan kejadian lain yang tidak diingini.

Selaras dengan usahanya untuk menjadikan insurans sesuatu yang mudah dan boleh dinikmati semua, Tune Protect menawarkan enam pelan berbeza yang direka khas secara atas talian – Tune TrIP melindungi individu dan keluarga yang menggunakan penerbangan semasa melancong di dalam dan luarnegara; Tune ProPA, pelan kemalangan peribadi selama setahun yang boleh diperbaharui; Tune EZ Term, perlindungan keluarga untuk sebarang kejadian yang tidak diingini; Tune Drive Care melindungi pemandu dan/atau penumpang daripada kemalangan kereta; Tune ProDent, Insurans Kesihatan Gigi Premium Pertama di Malaysia; dan Tune Guard, pelan yang direka khas untuk melindungi kehilangan barang akibat kes ragut atau rompakan.

Maklumat lanjut mengenai kempen ini boleh didapati di www.tuneprotect.com.

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

Leave A Reply