Penyanyi Adam Ahmad meninggal dunia

0
Adam Ahmad

Adam Ahmad

KUALA LUMPUR- Penyanyi veteran yang dikenali menerusi lagu Kau Pergi Jua iaitu Adam Ahmad meninggal dunia akibat penyakit darah tinggi, di Hospital Ampang kira-kira pukul 12 tengah malam tadi.

Difahamkan allahyarham yang sudah dua minggu ditempatkan di Unit Rawatan Rapi hospital berkenaan telah lama menghidap penyakit tersebut tetapi cuba menyembunyikannya daripada pengetahuan umum.

Allahyarham yang menetap di Taman Cempaka, Ampang dikebumikan di tanah perkuburan Islam taman itu sekitar pukul 8.30 pagi ini.- Utusan Online

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

Leave A Reply