Perak kaya keindahan tropika semula jadi dan nilai sejarah

0
pulau_pangkor

Keindahan Pulau Pangkor sentiasa menggamit kenangan.

Perak Darul Ridzuan adalah negeri kedua terbesar di Semenanjung Malaysia. Memiliki tanah berharga dengan keindahan tropika semula jadi dan kaya dengan sejarah serta budaya, hari ini, Perak terus menjadi sebuah negari yang maju, sibuk serta sokongan penduduknya yang ramah dan mesra.

Selain keunikan dan keindahan alam semula jadi, persisiran pantai berpasir putih dan khazanah di bawah air, di perak juga ada gua yang telah wujud sejak beribu tahun dan hutan hujan semula jadi (yang diperlihara) kini berusia berjuta-juta tahun.

Lebih membanggakan anak jati Perak, penerbit buku pelancongan antarabangsa terbesar dunia, Lonely Planet telah menyenaraikan Perak sebagai wilayah kesembilan terbaik dunia untuk dilawati pada tahun 2017. Pada masa sama, bandar raya Ipoh juga telah diiktiraf sebagai destinasi keenam terbaik di Asia pada 2016.

World of Wonders adalah slogan yang dipaparkan pada logo Tahun Melawat Perak 2017. Ia menekankan alam semula jadi, budaya, makanan yang lazat, melalui perjalanan ke dalam gua purba, pantai bersih dan warisan antarabangsa. Perak sedang menunggu kedatangan anda bersama keluarga dan teman untuk bercuti disini.

World of Wonders adalah slogan yang dipaparkan pada logo Tahun Melawat Perak 2017. Menekankan alam semula jadi, budaya, makanan yang lazat, melalui perjalanan ke dalam gua purba, pantai bersih dan warisan antarabangsa.

Bersempena Tahun Melawat Perak 2017, Perak menyasarkan kehadiran tujuh juta pelancong. Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, berkata daripada jumlah itu, 500,000 pelancong yang hadir adalah pelancong asing, selebihnya pelancong domestik.

Pelancong dari Eropah dan beberapa negara Asia terutama China serta Singapura menjadi antara sasaran utama pelancong asing yang dijangka berkunjung ke Perak sempena program itu yang menawarkan pelbagai acara dan pakej menarik.

“Dianggarkan seramai 300,000 hingga 400,000 pelancong asing datang mengunjungi negeri ini pada tahun 2016 dan jumlah itu akan dipertingkatkan hingga 500,000 orang melalui pelbagai pakej pelancongan ditawarkan.” Beliau berkata demikian selepas merasmikan pelancaran Tahun Melawat Perak 2017 di Stesen Kereta Api Ipoh, Januari lalu.

Pada majlis itu, Zambry turut mengingatkan semua pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri supaya mempertingkatkan kebersihan tandas awam yang menjadi antara penanda aras utama tahap kebersihan negeri. Katanya, tandas awam yang tidak diselenggara dengan baik dan tidak bersih akan memberikan imej negatif kepada negeri, seterusnya memberi gambaran buruk kepada tahap kebersihan negeri.

Tempat menarik yang harus dikunjungi di Perak, antaranya;-

Menarik bukan?  Perak sedang menunggu kedatangan anda bersama keluarga dan teman untuk bercuti di sini. Inilah masanya nikmati kelainannya.

Kredit foto: orangperak.com

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

Leave A Reply