Percutian mengasyikkan di tengah hutan

0
Menyediakan pusat peranginan yang menonjolkan agro-pelancongan, Felda Residence Tekam terletak strategik di kawasan perhutanan kecil di Jerantut, Pahang.

Menyediakan pusat peranginan yang menonjolkan agro-pelancongan, Felda Residence Tekam terletak strategik di kawasan perhutanan kecil di Jerantut, Pahang.

ANGIN sepoi-sepoi bahasa membelai tubuh. Pohon kepala meliuk lentuk disapa angin petang. Ah… Cukup melegakan fikiran apabila dapat beristirehat dalam suasana nyaman, segar dan mendamaikan.

Jauh daripada hingar-bingar kota metropolitan, bagi penulis percutian tiga hari dua malam di Felda Residence Tekam memang pilihan tepat.

Menyediakan pusat peranginan yang menonjolkan agro-pelancongan, Felda Residence Tekam terletak strategik di kawasan perhutanan kecil di Jerantut, Pahang. Hanya 216 km dari Kuala Lumpur, resort ini terletak di tengah-tengah hutan di daerah Jerantut, Pahang dan tidak jauh daripada Bandar Tun Abdul Razak, Jengka.

Felda Residence Tekam bukan sahaja sesuai dijadikan destinasi bercuti, malah sesuai untuk mengadakan aktiviti hari keluarga, latihan bina semangat dan seminar. Bukan sahaja pakej penginapannya berpatutan, malah pakej pengembaraan yang disediakan juga sangat menarik.

Lebih istimewa, di sini pengunjung berpeluang melakukan pelbagai kegiatan lasak termasuk meredah hutan, jeram, berkanu, abseiling dan banyak lagi. Perjalanan mengelilingi perusahaan kawasan memproses minyak kelapa sawit, ladang getah serta menjelajah ke Gunung Senyum juga mendaki sambil mengembara di Kota Gelanggi antara pengalaman luar biasa yang sukar dilupakan. Dibuka kepada pengunjung sekitar 1998 di bawah seliaan Felda Residence Tekam, terdapat 30 gua yang dikenal pasti dalam Taman Warisan Gua Kota Gelanggi. Jadi, jangan lepaskan peluang ini untuk menikmati ‘alam rasa’ anda.

 

Felda Residence Tekam turut menyediakan aktiviti berpasukan seperti mountain bikes dan memancing. Aktiviti  ini  memang sesuai untuk memupuk semangat kekeluargaan dan sekali gus merapatkan tali silaturahim.

Lokasi percutian ini juga menyediakan kemudahan dewan konvensyen untuk seminar. Bagi mereka yang tidak gemarkan kegiatan lasak, boleh mandi-manda di kolam besar disediakan. Pengunjung juga boleh bermain tenis, badminton, sepaktakraw, bola tampar, bolasepak, golf ataupun memancing.

Walaupun suasana pada sebelah malamnya agak sunyi, tetapi anda masih boleh melakukan beberapa aktiviti santai antaranya berkaraoke di kafe yang disediakan. Pilihan menu malam malamnya juga sangat menepati cita rasa, apatah lagi setelah seharian penat melakukan pelbagai aktiviti lasak. Pendek kata, di Felda Residence Tekam, macam-macam ada!

Pelbagai pakej disediakan di Felda Residence Tekam, antaranya seminar, bina semangat, hari keluarga serta pakej pelancongan pelajar. Harga penginapan bagi bilik superior (hotel) ialah RM180, sementara harga bagi bilik family ialah RM230. Terdapat juga bilik deluxe dan executive suite. Harga untuk chalet bermula dari RM230. Asrama juga disediakan dengan kadar RM30 bagi setiap katil.

Mereka yang berminat berkunjung ke sini, boleh menghubungi Felda Residence Tekam di talian 09-471 8300 atau Felda Travel Sdn Bhd di 03-2698 3822 atau layari www.plantationresorts.com.my

 

 

 

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

Anis Remli

Selain gemar memerhati, selalu teruja merakam keindahan semula jadi. Suka melancong terutama ketika musim sejuk. Gemar muzik keras, teater dan novel indie serta puisi jalanan.

Leave A Reply