Thursday, Feb 22, 2018
HomeBeritaPerginya Pak Ajis, akhiri kisah ‘trio’ Bujang Lapok

Perginya Pak Ajis, akhiri kisah ‘trio’ Bujang Lapok

Gambar: Astro Awani

Aziz : Sudin, rumah yang kau cakap dulu tu dah ada orang tinggal belum?
Sudin : Rumah yang mana tu..Oooo.. rumah yang  itu masih kosong lagi, kalau kita apply dapatlah
Aziz : Bagus juga ya, berapa bilik ada Din?
Sudin : Yang aku tengok ada tiga bilik masih kosong
Aziz : Bagus ya Din tiga bilik, boleh kita seorang satu. Berapa besar agak-agaknya bilik tu?
Sudin : Besar tak berapa besar. Kalau tak silap aku, tujuh kaki panjang, lima kaki lebar, tujuh kaki  dalam
Aziz : Besar juga ya tu tujuh kaki panjang, lima kaki lebar, ada dalam lagi ya…… Eh itu kubur! Tempat kau nak mampus, bahalol!”

Advertisements

ITU antara petikan dialog Ajis dan Sudin di dalam filem ‘Seniman Bujang Lapok’ yang sering diulang di kaca televisyen dan tidak pernah gagal membuatkan kita ketawa.

Ajis, Ramlee dan Sudin adalah karekter mencuit hati dalam siri filem Bujang Lapok yang sememangnya masih kekal segar dalam ingatan peminat filem Melayu hingga ke hari ini di segenap lapisan usia, namun selepas ini, tiada lagi kisah Ajis, Sudin dan Ramlee yang dapat kita dengari.

Hari ini, negara telah kehilangan Ajis, trio terakhir siri filem legenda ‘Bujang Lapok’ itu. Awal pagi tadi, Pak Ajis meninggal dunia di Hospital KPJ Kajang pada usia 89 tahun akibat serangan jantung setelah dikejarkan ke hospital pada Ahad lalu.

Berita pemergian Datuk Aziz Sattar atau lebih mesra dipanggil Pak Ajis ini mula dikhabarkan salah seorang cucunya di laman Twitter.

Sepanjang hayatnya, Datuk Aziz Sattar atau lebih mesra dipanggil Pak Ajis sentiasa menjadi rujukan pelawak muda serta peminat dalam mendengar cerita lucu dan pengalamannya bersama Allahyarham P. Ramlee juga Allahyarham S. Shamsudin sewaktu di zaman kegemilangan Jalan Ampas.

Allahyarhamlah yang sentiasa menghidupkan aura P. Ramlee ke mana saja beliau pergi. Hanya sedikit Allahyarham bercerita perihal dirinya dan setiap kali mengimbas kenangan bersama P. Ramlee atau S. Shamsudin, pasti Allahyarham menitiskan air mata.

Sumber berita: Astro Awani

comments

FOLLOW US ON:
10 Jenis Makanan Pem
"Andai ini takdir-Ny

mediawriter1@gmail.com

Rate This Article:
NO COMMENTS

LEAVE A COMMENT

Optimized with PageSpeed Ninja