“Pertahankanlah negeri ini demi rakyat.” Abdul Khalid

0
"Inilah cabaran buat pemimpin akan datang, sekiranya beliau tidak melaksanakan amanah ini pastinya rakyat akan menghukumnya kerana ia terkandung dalam manifesto PRU13." (Gambar: Sinar Harian)

“Inilah cabaran buat pemimpin akan datang, sekiranya beliau tidak melaksanakan amanah ini pastinya rakyat akan menghukumnya kerana ia terkandung dalam manifesto PRU13.” (Gambar: Sinar Harian)

SHAH ALAM – “Biarlah ahli politik berperang, berdrama dan berlakon kerana kelak lakonan mereka itu akan menjadi lawak jenaka yang akan dikenang.” Itulah amanat terakhir Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kepada penjawat awam dan rakyat agar tidak melayani sikap ahli politik yang gemar berlakon.

“Kita buatlah kerja seperti biasa demi kesejahteraan rakyat. Saya cuma mengharapkan semua selamat dan bersama menghadapi keadaan di Selangor. Ingatan saya, pertahankanlah negeri ini demi rakyat,” katanya ketika ucapan perpisahan di foyer Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) yang dihadiri lebih 1,000 penjawat awam di sini, semalam.

Menerusi laporan Sinar Harian hari ini, Adun Pelabuhan Klang itu berkata, kerajaan negeri berjaya menyelesaikan hampir keseluruhan penstrukturan industri air dengan memulangkan aset itu kepada rakyat bernilai RM14 bilion.

“Inilah cabaran buat pemimpin akan datang, sekiranya beliau tidak melaksanakan amanah ini pastinya rakyat akan menghukumnya kerana ia terkandung dalam manifesto PRU13,” ujarnya yang menerima ucapan terima kasih, namun menolak salam perpisahan kerana beliau masih lagi menetap di Selangor.

Ini bukanlah masanya untuk ucap selamat tinggal dan bukan juga untuk kenang mengenang. Bukan maaf, bukan sedih yang harus ditangiskan sebaliknya apa yang perlukan lakukan ialah menjaga kebajikan setiap keluarga di Selangor, itulah amanah kita.

Saya sangat bertuah kerana telah diberi kepercayaan untuk jalankan tugas sepanjang lima tahun ini untuk jalankan tugas dengan telus dan bertanggungjawab. Kalau salah kita betulkan, kekalkan status Selangor sebagai negeri termaju,” katanya.

Abdul Khalid dalam nada ceria turut memaklumkan, beliau akan bercuti ke Australia kerana ramai teman menanti kedatangannya di sana.- Sumber: Sinar Harian

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

Leave A Reply