Pesawat Firefly berpatah balik, selamat mendarat di Pulau Pinang

0

KUALA LUMPUR: Sebuah pesawat Firefly menuju ke Kota Bharu, terpaksa berpatah balik selepas mengalami masalah teknikal.

Firefly Airlines berkata pesawat FY1002/ MH9948 itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang pada pukul 6.55 pagi tadi, terpaksa berpatah balik kerana masalah gear pendaratan.

“Oleh kerana keselamatan adalah keutamaan Firefly Airlines, pesawat itu diarah berpatah balik ke Pulau Pinang.

“Ini adalah pendaratan biasa dan oleh kerana itu, pasukan bomba dan penyelamat lapangan terbang tidak dikerah,” kata Firefly Airline di dalam satu kenyataan.

Firefly Airline berkata pesawat itu mendarat dengan selamat di Pulau Pinang pada pukul 7.30 pagi, hari ini.

“Kesemua 64 penumpang dan empat anak kapal yang berada di dalam pesawat telah diarahkan keluar dari pesawat.

“FY1002/MH9948 telah dijadualkan semula dan telah bertolak dari Pulau Pinang pada pukul 8:50 pagi dan selamat tiba di Kota Bharu pada pukul 9:50 pagi.” – Astro Awani

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

Leave A Reply