This domain has recently been listed in the marketplace. Please click here to inquire.

spamcheckr.com

Pesona gaya si hitam-merah

0
Gambar hiasan

Gambar hiasan

PADANAN hitam dan merah menjadi trend tersendiri dalam dunia fesyen. Malah menjadi paduan rona menarik jika bijak disuai padankan. Selain menciptakan karakter pada si pemakai. Bahkan, setiap tahun dua warna ini popular sering digunakan pereka fesyen dalam rekaan mereka.

Bagi anda yang bosan dengan rona biasa dan sama apabila bergaya, gandingan dua rona klasik ini  boleh menjadi  inspirasi gaya anda. Paduan rona ini mempunyai berkarakter kuat dan berpotensi menarik perhatian. Tampil dengan gaya dan rona berani mampu membuat anda menarik, berkarekter, sekali gus unik.

Tidak dinafikan, tidak ramai berani mencuba dua rona ini sekali gus kerana beranggapan kesannya berat dan gelap. Tetapi, jika bijak menyuai padan dengan aksesori kedua-dua rona “saling melengkapi”.

Hitam membuat merah tampil semakin menonjol. Tetapi, merah tidak membuat hitam kehilangan pesonannya. Selain menjadi paduan hitam dan merah yang harmoni. Serasi dan cantik, pasti menyerlahkan pesona anda.

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

Zureena Aqil

Berusia 27 tahun, minat mengembara dan gemar makanan cita rasa Indonesia. Agak pendiam, tetapi pandai juga menyakat orang.

Leave A Reply