Monday, Jun 25, 2018
HomeKecantikanPesona sinar matamu

Pesona sinar matamu

Mata jendela hati.

MATAMU bagai menyihir sanubariku, tertawan sukma tak berkalih. Cintakah itu?”

Advertisements

Ya, dari mata bisa turun ke hati. Justeru, tidak keterlaluan jika ada yang menyifatkan mata jendela hati. Maka, indera penglihat ini perlu dipelihara sebaik mungkin. Sayang sekali jika mata anda tidak dapat mencerminkan siapa diri anda yang sebenarnya.

Malangnya, bidang kerja anda mungkin menuntut untuk selalu berdepan dengan komputer, kurang tidur atau kesibukan lain yang menyebabkan kecantikan dan sinar mata anda memudar. Kesannya, kesegaran serta penampilan wajah anda juga menjadi kurang seri. Rona hitam atupun kedutan di sekitar mata lambat laun mula menyapa.

Menakutkan, bukan! Jika ini terjadi, pasti mencacatkan penampilan anda. Sapuan eye liner dan eye shadow tidak mampu dapat membantu menyelamatkan penampilan anda. Jadi, anda harus menjaga kesihatan dan kesegaran mata daripada rutin remeh yang sering diabaikan. Berikut tip yang boleh diamalkan untuk menjaga kesegaran mata anda.

  • Mata juga harus dijaga seperti kulit wajah. Minum banyak air putih khususnya jika anda kerap melakukan kegiatan yang mengeluarkan peluh seperti berolahraga. Air putih mempunyai kekuatan bermanfaat untuk menjaga kesegaran kulit, termasuk mata anda.
  • Kedut atau kantung hitam di sekitar lingkaran mata boleh disebabkan kekurangan nutrisi. Bagi mengatasi masalah ini, amalkan pengambilan sayuran hijau. Makanan yang kaya antioksidan tidak boleh abaikan setiap hari.
  • Pekerjaan yang menimbun dan mengejar masa membuat anda perlu bekerja hingga larut malam. Hemmm… ingat, anda bukan robot yang boleh bekerja tanpa henti. Jika anda berasa letih,  tinggalkan pekerjaan itu sementara waktu. Jangan sekali-kali memaksakan mata untuk terus bekerja. Jika terus dipaksa, pekerjaan yang anda hasilkan pasti tidak memuaskan hati. Semakin penat tubuh dan minda anda, kulit wajah semakin menimbulkan aliran darah di bawah mata sehingga kulit di bawah mata anda kelihatan kebiruan atau lebih gelap.
  • Lingkaran hitam di sekitar mata juga boleh disebabkan faktor keturunan. Cuba lihat mata ibu bapa anda. Jika sejak muda kantung hitam sudah ada, kemungkinan besar anda juga mengalaminya. Mengapa? Perkara ini disebabkan ada pembesaran pembuluh darah. Pengaruh jumlah darah di kawasan itu membuat kulit menjadi kelihatan lebih gelap berbanding dengan warna kulit pada bahagian wajah lain.
  • Produk penjagaan dan rawatan yang diformulasikan untuk mata, boleh menjadi pilihan. Apatah lagi kini banyak produk kecantikan yang menawarkan perawatan keindahan mata, tetapi sebelum menggunakannya, dapatkan nasihat dan pandangan perunding kecantikan terlebih dahulu.
  • Anda juga boleh mencuba cara tradisional. Misalnya, menggunakan timun, tomato atau uncang  teh untuk menyegarkan mata anda.

comments

MH17 ditembak
Tragedi MH17, Ziana

mediawriter1@gmail.com

Rate This Article:
NO COMMENTS

LEAVE A COMMENT

Optimized with PageSpeed Ninja