Monday, Jun 25, 2018
HomeBeritaPesta Songkran Kebangsaan Di Pendang

Pesta Songkran Kebangsaan Di Pendang

ALOR SETAR: Sambutan Pesta Songkran peringkat kebangsaan 2014 akan diadakan di Wat Titi Akar, Pendang dari 12 hingga 14 April ini.

Advertisements

Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pelancongan dan Tenaga Manusia negeri Datuk Mohd Rawi Abdul Hamid berkata program anjuran kerajaan negeri dengan kerjasama Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan itu diadakan sempena Tahun Baharu Thai yang biasanya disambut dari 13 hingga 15 April setiap tahun.

“Lokasi program Pesta Songkran ini dicadangkan di Pendang kerana ia merupakan pusat penempatan kebanyakan masyarakat Siam di negeri ini. Ia juga dapat menjadi tarikan untuk tujuan pelancongan,” katanya pada sidang media dekat sini pada Khamis.

Beliau berkata sambutan pada tahun ini dibuat secara sederhana memandangkan negara masih bersedih dengan kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 pada 8 Mac lalu.- Mstaronline

comments

POST TAGS:
FOLLOW US ON:
120,000 Muflis Sejak
Penculik warga China

mediawriter1@gmail.com

Rate This Article:
NO COMMENTS

LEAVE A COMMENT

Optimized with PageSpeed Ninja