‘Hula Hoop’ rampingkan pinggang & perut kempis

0
Jika anda melakukannya secara teratur, hasilnya perut, pinggang, pinggul dan bentuk tubuh anda kelihatan lebih menarik. - Gambar hiasan.

Jika anda melakukannya secara teratur, hasilnya perut, pinggang, pinggul dan bentuk tubuh anda kelihatan lebih menarik. – Gambar hiasan.

MEMILIKI pinggang ramping dan perut kempis memang menjadi idaman setiap wanita. Sayangnya, bagi segelintir wanita sukar untuk merealisasikannya. Baiklah,  jika semua cara tekagh anda lakukan namun perut masih buncit dan mengganggu penampilan. Mungkin anda boleh cuba kegiatan bermain gelung rotan atau dikenali sebagai ‘Hula Hoop‘ untuk mengempiskan perut dan merampingkan pinggang.

Walaupun cara ini seperti bermain, tetapi jika anda melakukannya secara teratur, hasilnya perut, pinggang, pinggul dan bentuk tubuh anda kelihatan lebih menarik. Permainan ini juga boleh meningkatkan kelenturan dan stamina tubuh. Jika anda berminat, boleh cuba teknik gerakkan mudah ini.

1. Pilih gelung rotan sesuai dengan tubuh snda. Sama ada berdiameter 100 cm atau 120 cm. Pilihlah yang paling ringan dan untuk pemula, jangan menggunakan gelung rotan besar

2.  Ingat, jangan lakukan permainan ini selepas makan. Tunggu satu jam selepas makan.

3.  Gunakan pakaian senaman yang menyerap peluh. Sebaiknya, gunakan kasut sukan agar kaki dapat menampung tubuh dengan baik.

4. Baiklah, mari kita mulakan. Berdiri tegak dengan kaki terbuka, lutut dibengkukkan sedikit dan telapak kaki dalam keadaan rata menyentuh lantai. Gunakan kedua-dua belah tangan untuk meletakkan gelung rotan pada pinggang dengan salah satu sisi gelung rotan berada di punggung.

5. Tegangkan otot perut, pusing gelung rotan berlawanan arah jam. Kemudian, lepaskan tangan daripada gelung rotan dan gerakkan pinggul membentuk bulatan kecil yang berirama hingga gelung berpusing di pinggang anda.

6.  Ketika gelung rotan berpusing di pinggang, letakkan kedua belah tangan di atas kepala. Atur pernafasan dengan baik, tarik dan hembuskan secara teratur.

 

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

Leave A Reply