Play-Doh Cipta Rekod The Malaysia Book of Records

0
PlayDoh

Sambutan bulan ini menyaksikan beribu-ribu rakyat Malaysia dipenuhi ilham dan menemui semula kreativiti mereka di roadshowShape A Colorful Community‘.

Sambutan bulan PLAY-DOH® berakhir dengan penuh gilang-gemilang hingga berjaya memecah rekod dengan 1,899 rekaan PLAY-DOH® berilhamkan Malaysia dicipta dalam satu hari di 1 Utama, Kuala Lumpur. Jumlah ini baru disahkan wakil daripada The Malaysia Book of Records.

Sambutan bulan ini menyaksikan beribu-ribu rakyat Malaysia dipenuhi ilham dan menemui semula kreativiti mereka di roadshow ‘Shape A Colorful Community’, mempelajari cara dan teknik baru di Sekolah PLAY-DOH® serta melakukan eksperimen dengan set permainan baru. Selain itu, kanak-kanak dihiburkan penampilan maskot PLAY-DOH®, DohDoh

Beberapa ciptaan daripada beribu yang dihasilkan amat menyerlah. Pemenang ukiran  PLAY-DOH® terbaik (12 tahun ke bawah) dan ukiran  PLAY-DOH®  terbaik (13 tahun ke atas) dimenangi Aina Qistina, 7 tahun dan Alvin Teoh, 36 tahun. Kedua-duanya memenangi hadiah barangan PLAY-DOH® dan tropi PLAY-DOH® eksklusif!

“Ini satu pencapaian yang menakjubkan dan semua peserta berhak mendapat pujian kerana menjadi sebahagian dari usaha untuk membentuk kepelbagaian komuniti

Kami mengucapkan ribuan terima kasih di atas kehadiran peminat yang begitu ramai dan para penyokong yang datang melawat sepanjang seminggu acara ini berlangsung terutamanya mereka yang datang pada hari Sabtu untuk mereka cipta hasil karya terbaik mereka berilhamkan Malaysia dan menyumbang kepada jumlah keseluruhan yang telah berjaya mencipta rekod baru,” kata Pengurus Besar, Hasbro Toy Malaysia & Singapura, Evelyn Hah,

Jenama PLAY-DOH®  diperkenalkan sejak tahun 1956, adalah bahan yang tidak bertoksid, tanpa bahan allergen dan selamat diguna, telah menjadi mainan kanak-kanak di semua peringkat umur, klasik dan amat digemari serta digunakan di rumah dan sekolah di seluruh dunia.  Dapatkan maklumat lanjut mengenai PLAY-DOH®  di www.playdoh.com

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

Leave A Reply