This domain has recently been listed in the marketplace. Please click here to inquire.

spamcheckr.com

Pokok kurma berbuah lebat di Kota Darul Naim

0
Gambar: Anis Remli

Pokok kurma di Bulatan Jam Besar ini mula berbuah tahun lalu, tetapi kali ini buahnya agak lebat. Hampir 10 pohon  sudah berbuah dan dijangka masak dan boleh dipetik penghujung Ramadan ini. Gambar: Anis Remli

“SAYA belum berpeluang ke Mekah dan Alhamdulillah, ini kali pertama saya lihat buah kurma segar terus dari pokok.” Itu kata seorang pengunjung, Shamsuri Ibrahim, 35, mengenai beberapa pokok kurma yang kini berbuah lebat di Bulatan Jam Besar, Kota Bharu, Kelantan.

Menurutnya, dia mengetahui pokok kurma itu menerusi laman sosial Facebook dan Instagram, membawa ibu, isteri dan anaknya melihat sendiri tumbuhan padang pasir yang kini hidup subur di tengah-tengah bandar Kelantan,  kurang 500 meter dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Kampus Kota Bharu.

“Agak mengejutkan kerana umum mengetahui tanaman ini hanya terdapat di negara Arab, tetapi kini tumbuh subur di Kelantan, lebih mengujakan mengeluarkan buah yang sangat lebat. Penaman pokok kurma di sini memang bertepatan dengan gelarannya, negeri serambi Mekah,” katanya kepada wartawan Inspirasi Magazine ketika ditemui di sekitar kawasan berkenaan.

Sebanyak 37 pokok kurma ditanam Unit Landskap Majlis Daerah Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) bertujuan mengindahkan bandar ini selari dengan julukan ‘bandar raya Islam’.

Pokok kurma di Bulatan Jam Besar itu mula berbuah tahun lalu, namun kali ini buahnya agak lebat. Hampir 10 pohon  sudah berbuah dan 10 daripadanya sudah berbua dan dijangka masak dan boleh dipetik penghujung Ramadan ini.

Ramai pengunjung tidak melepaskan peluang merakamkan gambar kenangan di sini.

Ramai pengunjung tidak melepaskan peluang merakamkan gambar kenangan di sini.

Lebih menarik, MPKB-BRI mengalu-alukan kedatangan orang ramai untuk melihat pokok dan buah kurma berkenaan, malah tidak menghalang mereka menikmati buah yang gugur, bagaimanapun melarang daripada memetik bagi memastikan pokok ini kekal terjaga.

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

Leave A Reply