Polis cari wanita berstatus doktor

0

POLIS negeri sedang mencari seorang wanita bergelar doktor bagi membantu siasatan kes penipuan pakej umrah yang membabitkan kerugian RM13,500, dua tahun lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) negeri, Superintendan Ee Khong Koy berkata, wanita berusia 40 tahun dikenali sebagai Norazah Omar sehingga kini gagal dikesan sejak kes dilaporkan pada 6 Jun 2012.

“Suspek yang sebelum ini mempunyai syarikat beroperasi di Bandar Baru Bangi dipercayai bersembunyi selepas mengambil wang beberapa pelanggannya berjumlah RM13,500 termasuk seorang wanita berusia 56 tahun yang kerugian RM8,600.

“Suspek dipanggil doktor yang kita tidak pasti ia doktor falsafah atau doktor perubatan ini turut dipercayai terlibat dengan beberapa penipuan di seluruh negara,” katanya.

Menurut Khong Koy, sebanyak tujuh kes diterima pihaknya membabitkan penipuan membabitkan suspek yang berasal dari Negeri Sembilan itu.

“Suspek yang dikatakan memperdaya dengan meminta pelanggan membuat bayaran melalui pemindahan wang ke dalam akaun namun kemudian sebelum pelanggan menyedari ditipu,” katanya.

Beliau berkata, justeru orang ramai diminta tampil ke balai polis berhampiran atau terus sekiranya mempunyai maklumat berkaitan suspek bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.- Sinar Harian

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

Leave A Reply