This domain has recently been listed in the marketplace. Please click here to inquire.

spamcheckr.com

Polis tahan Kiki ‘amuk’ warga tua

0
Keratan BH mengenai wanita cetus kontroversi, semalam. Gambar kecil; Siti Fairrah Ashykin.

Keratan BH mengenai wanita cetus kontroversi, semalam. Gambar kecil; Siti Fairrah Ashykin.

Kuantan: Polis semalam menahan wanita yang mencetuskan kontroversi kerana merosakkan kereta seorang warga tua di parkir kereta Pusat Transformasi Bandar (UTC), di sini Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh, berkata wanita berkenaan, Siti Fairrah Ashykin atau lebih dikenali sebagai Kiki, ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan jam 4 petang semalam bagi membantu siasatan kes terbabit dan perintah reman akan dimohon terhadapnya jika siasatan belum lengkap dalam tempoh 24 jam.

Dalam keterangan sebelum ini, katanya, pengusaha butik berusia 30 tahun itu mengaku sudah membuang pengunci stereng yang diguna ketika merosakkan kereta warga tua, Sim Siak Heong, 68, dalam kejadian berkenaan. – BH Online

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

Leave A Reply