Promosi percutian hebat Trafalgar Europe Travel Fair

0
Trafalgar sentiasa mementingkan kehendak dan kepuasan, kini giat membuat promosi destinasi percutian ke Eropah merangkumi 120 jadual perjalanan menarik yang baharu untuk tahun 2016!

Trafalgar sentiasa mementingkan kehendak dan kepuasan, kini giat membuat promosi destinasi percutian ke Eropah merangkumi 120 jadual perjalanan menarik yang baharu untuk tahun 2016!

Syarikat pelancongan sedunia, Trafalgar, mengumumkan identiti jenama yang baharu, bertemakan “Simply the best”. Dalam laman web Feefo, Trafalgar telah menerima taraf 97% (status emas) dengan reviu yang sangat positif. Ini kerana para pelancong mengiktiraf Trafalgar sebagai “the best” (paling hebat) dalam pelbagai bidang. Reviu yang tidak disunting itu boleh dibaca di laman web Trafalgar, www.trafalgar.com atau dengan hashtag #simplytrafalgar.

Bagi anda yang suka melancong dan inginkan kenangan serta pengalaman menarik sepanjang percutian, ada berita baik yang pastinya mengujakan anda. Trafalgar yang sentiasa mementingkan kehendak dan kepuasan para pelancong, kini giat membuat promosi destinasi percutian ke Eropah merangkumi 120 jadual perjalanan menarik yang baharu untuk tahun 2016! Jadual perjalanan ini termasuklah:

  • Iceland (destinasi baharu) – landskap sejuk beku menyembunyikan fenomena geografi yang istimewa seperti glasier, formasi lava, geisar dan fjord. Anda pasti seronok kerana Warga di sini amat peramah orangnya.
  • Imperial Europe – melancong ke negara Jerman, Repubilk Czech, Hungary dan Austria dalam jadual perjalanan 10 hari menerusi bandar bersejarah seperti Prague, Budapest, Vienna dan Salzburg.
  • Itali – lihatlah dengan mata sendiri perbezaan antara Rome, Florence dan Venice yang serba indah.
  • Spain – inilah masanya untuk menerokai warisan budaya yang kaya di rantau Andalusia menerusi tiga bandar utama: Madrid, Saville dan Barcelona.

Pameran 120 jadual perjalan ke Eropah & Britain:
Bermula 21 hingga 25 Oktober 2015, Trafalgar Europe Travel Fair akan mempamerkan 120 jadual perjalanan ke Eropah dan Britain (pada tahun 2016) yang menarik. Acara ini bakal diadakan di 1Utama Shopping Centre, dengan penjimatan eksklusif hingga 20 peratus.

Lebih menarik, diskaun khas untuk wanita dan ahli OneCard. Di samping itu, semua pembelian yang dibuat ketika pameran ini akan secara automatik memasuki cabutan bertuah untuk memenangi percutian termasuk penerbangan ke Britain! Jadi, jangan lepaskan peluang hebat ini dan kunjungi pameran yang menjanjikan pengalaman serta kenangan istimewa dalam catatan pelancongan anda.

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

Leave A Reply