Proses ‘sulh’ Awie-Rozana Misbun gagal

0
Awie tidak tahu mengapa isterinya gagal hadir ke mahkamah hari ini.

Awie tidak tahu mengapa isterinya gagal hadir ke mahkamah hari ini.

PROSES ‘Sulh’ untuk perbincangan mengenai hak penjagaan kekal tiga orang anak hasil perkongsian hidup antara penyanyi rock terkenal, Awie dengan isterinya, Rozana Misbun gagal apabila wanita itu tidak hadir di Pejabat Sulh, Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan hari ini.

‘Proses sulh’ adalah majlis perbincangan bersama antara pihak yang terbabit dalam sesuatu pertikaian, melibatkan satu atau lebih tuntutan dengan dikendalikan pegawai sulh.

Peguam Mohd. Hafizal Parcho yang mewakili Awie berkata, proses berkenaan hanya dihadiri anak guamnya di hadapan pegawai bertugas iaitu Surayah Ramlee di Pejabat Bahagian Sulh, Mahkamah Syariah di sini.

“Sepatutnya hari ini perbincangan antara pihak anak guam saya dan Rozana mengenai siapa akan menjaga anak-anak itu, tetapi disebabkan Rozana gagal hadir, maka proses ini gagal dan mahkamah menetapkan kes diteruskan dengan sebutan semula pada 3 September ini.

“Pihak kami ada menerima faks daripada Rozana semalam memaklumkan bahawa dia tidak dapat hadir. Bagaimanapun dia tidak menyatakan sebabnya,” kata peguam itu.

Sementara itu, Awie berkata, dia tidak tahu punca sebenar Rozana gagal hadir ke mahkamah dan hanya dimaklumkan perkara itu menerusi pesanan faksimili kepada peguamnya, Mohd Hafizal Parcho pada Selasa lalu.

Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman dan Rozana bernikah di Songkhla, Thailand pada 20 Jun 2005. Hasil perkahwinan itu merkeka dikurniakan tiga orang anak iaitu Putra Ahmad Merrah, 7, Putra Ahmad Rezzki, 6, dan Puteri Qasseh Antasha, 4. Manakala menerusi perkahwinan terdahulu Awie bersama penyanyi Arni Nazira, mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Puteri Aleeya Antasha, 14, dan Puteri Aleefa Antasha, 12, yang kini tinggal bersama Awie.

Awie pada 22 Julai 2014 lalu berjaya mendapat hak penjagaan sementara ke atas tiga mereka daripada Mahkamah Tinggi Syariah, Kuala Lumpur.

Mahkamah turut membenarkan permohonan injunksi Awie untuk menghalang Rozana, 36, daripada mendekati atau menghubunginya dan anak-anak mereka dalam apa jua cara sekalipun.

Pada 3 Julai 2014, Awie dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang atas tuduhan sengaja mendatangkan kecederaan kepada isterinya di kediaman mereka di Ukay Bistari, Ukay Perdana, Hulu Kelang pada 2 Jun 2014 lalu.

Bagaimanapun, Awie mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan.Sehubungan itu mahkamah menetapkan 11 Ogos 2014 untuk sebutan semula kes berkenaan.

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

Leave A Reply