Pulih daripada perceraian (bahagian 2)

0
Gambar hiasan

Gambar hiasan

PERCERAIAN bukan bermakna semua persoalan sudah selesai apabila talak dilafazkan, pasangan yang bercerai mesti membuat langkah pemulihan agar peluang untuk membina kembali semangat hidup yang lebih bermakna tidak dilumpuhkan trauma dan berbagai emosi negatif dek perceraian. Berikut ini beberapa panduan yang mungkin boleh membantu anda pulih daripada trauma perceraian, sekali gus membina keyakinan diri serta tujuan hidup lebih bermakna.

Bina keyakinan diri
Perceraian juga seringkali menimbulkan trauma, berasa diri gagal dan tidak berharga. Kesannya, ada yang menutup diri dengan terus menyesali kegagalannya atau ada juga melarikan diri dengan kebiasaan yang kurang baik. Prinsipnya sama, iaitu jatuhnya keyakinan diri kemudian hilangan harapan hidup, kecewa dan tertekan secara berlebihan.

Mangsa perceraian harus bangkit daripada kekecewaan yang semakin menyeret pada kegagalan selanjutnya. Dalam hidup ini, ada banyak hal dan kejadian yang menimpa dan tidak mampu untuk mengelak. Misalnya, secara tiba-tiba anda sakit, kemalangan, bahkan ditimpa musibah yang hanya boleh diterima dengan tawakal.

Menyesali kejadian yang di luar kuasa dan kawalan diri hanya membuang masa. Paling penting,  reaksi kepada kejadian kepada diri anda. Bagaimana anda bereaksi pada kejadian itu sepenuhnya pilihan dan tanggungjawab anda. Apakah anda mahu terus rebah atau bangkit berdiri, terserah pada pilihan anda.

Perceraian bukan bererti pengakhiran kehidupan, sebaliknya masih ada peluang menemui hidup lebih bermakna daripada sebelumnya. Pengalaman guru baik jika anda mahu menjadi murid yang baik dan belajar daripadanya. 

Anda perlu mendaftar untuk membaca keseluruhan kandungan portal ini. Login menggunakan kotak di sidebar. Tidak mendaftar? Klik di sini untuk mendaftar

 

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

Leave A Reply