Saturday, Oct 20, 2018
HomeKeluargaPulih Daripada Perceraian

Pulih Daripada Perceraian

“PERCERAIAN ini sangat menyakitkan, saya tak sangka semuanya terjadi dalam dalam rumah tangga kami. Saya sudah cuba sebaik mungkin, tetapi perceraian ini tak dapat dielakkan lagi. Kami saling terluka kalau terus bersama, tetapi boleh ke saya teruskan hidup selepas ini?” kata Julia, waswas. Wajah murungnya menjelaskan emosi yang sedang sarat bergejolak dalam diam.

Ikatan perkahwinan bukan sekadar catatan pada sehelai kertas yang boleh dipadam begitu sahaja ketika hakim memutuskan ikatan itu. Ada jutaan benang emosi halus yang terlanjur terjalin antara bekas pasangan suami isteri itu, bahkan lebih rumit apabila membabitkan perasaan anak.

Advertisements

Perceraian bukan bermakna semua persoalan sudah selesai apabila talak dilafazkan, pasangan yang bercerai mesti membuat langkah pemulihan agar peluang untuk membina kembali semangat hidup yang lebih bermakna tidak dilumpuhkan trauma dan berbagai emosi negatif dek perceraian.

Sembuhkan luka
Sekuat dan setabah apa seseorang itu ketika menghadapi kenyataan, dirinya telah “terpisah” daripada pasangan pasti membuat dia berasa perit dan sangat terluka, seolah-olah ada bahagian dirinya yang disayat.

Jika perkahwinan menyatukan dua hati menjadi sejiwa, maka perceraian benar-benar mengoyak penyatuan itu. Jangankan pertautan jiwa yang dipisah, bahagian tubuh yang potong pun bukan kepalang sakitnya. Justeru, langkah pertama yang mesti dilakukan adalah menyembuhkan diri daripada luka perceraian.

Bagaimanapun, kekecewaan dan kesakitan itu bergantung pada keadaan dan alasan bercerai. Kekecewaan daripada perceraian yang dipersetujui bersama dengan pertimbangan panjang dan matang tidak separah dengan mereka yang melakukannya dalam keadaan saling berdendam dan disertai persengketaan.

Sering kita dengar dan baca, pasangan yang bercerai masih saling tuntut soal harta dan anak, saling mencemuh dan menyalahkan. Cara seperti ini hanya didorong nafsu untuk saling menghancur dan melukakan demi harga diri.

Tanpa mereka sedar, apa yang diperlukan waktu itu adalah bagaimana menyembuhkan luka agar dapat mengatur kembali hidup yang porak-peranda.

Selagi masih ada ‘usaha’ memelihara dendam, bermakna seseorang itu juga memelihara luka, dengan kata lain masih tetap “terikat” secara emosi, padahal tujuan bercerai untuk memisahkan diri daripada keterikatan dengan pasangan.

Setelah bercerai, seseorang itu harus berdikari, bebas menentukan apa-apa sahaja yang terbaik untuk diri sendiri.

Ibarat sebuah kapal di tengah lautan, ketika mahu menukar arah memang rasa amat berat, bahkan harus berhenti sejenak, namun begitu arah dipilih, kapal itu akan melaju ke tujuan yang telah ditetapkan.

Apa-apa pun kesalahan bekas pasangan yang menyakiti, perlahan-lahan harus dilupakan dan dimaafkan seperti kapal yang membuang muatan yang tak berguna, supaya kapal lebih ringan dan menuju laju ke pulau harapan.

Elakkan daripada semua hal yang mengingatkan dan membuka luka lama, gantilah dengan harapan lebih indah pada masa depan.

Gambarkan kehidupan yang diharapkan pada masa depan, dengan cara ini semangat positif akan mengalir dalam diri dan akan menyembuhkan luka perasaan. Ingat, memaafkan adalah kata kunci untuk menyembuhkan diri sendiri. ( Pulih Daripada Perceraian 2)

comments

FOLLOW US ON:
Penyanyi Adam Ahmad
Bijak berbelanja, ke

mediawriter1@gmail.com

Rate This Article:
NO COMMENTS

LEAVE A COMMENT

Optimized with PageSpeed Ninja