Radhi OAG tamatkan zaman duda

0

DENGAN sekali lafaz, vokalis kumpulan OAG, Mohd Radhi Razali, 37, sah bergelar suami kepada pasangannya, model sambilan, Nur Shahira Ayu Zahiri, 20, dalam satu majlis ringkas yang berlangsung di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada  jam 10.30 pagi tadi.

Majlis akad nikah itu disempurnakan imam besar masjid Negeri, Ustaz Mohd Firdaus. Pada majlis pernikahan itu, Radhi menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 dan wang hantaran RM30,000 kepada pihak perempuan. Pihak lelaki juga menyerahkan sebanyak 12 dulang dan berbalas 14 oleh pihak perempuan.

Terdahulu, pasangan turut mengadakan majlis merisik dan pertunangan sebelum majlis akad nikah dimulakan. Ia perkahwinan kedua Radhi. Sebelum ini Radhi pernah berkahwin dengan Shazlin Sharif dan bercerai pada 8 Jun 2010. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang anak, Muhammad Rifdli Muslim, 8. – Harian Metro

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

Leave A Reply