Tuesday, Jan 23, 2018
HomeKecantikanRahsia bedak asas

Rahsia bedak asas

Usah ketepikan kepentingan bedak asas. Gambar hiasan.

Usah ketepikan kepentingan bedak asas. Gambar hiasan.

TIDAK keterlaluan jika dikatakan, bedak asas umpama ‘susuk moden’ berteknologi tinggi yang mampu menyembunyikan sebarang cela dan noda, membuat wajah kusam nampak lebih bermaya.

Walaupun anda tidak suka bersolek tebal, usah ketepikan kepentingan bedak asas. Ini memastikan sapuan dan warna solekan lebih tahan lama. Bedak asas yang diadun sempurna mampu menghalang serapan minyak, mengawal pengeluaran sebum, sekali gus memastikan solekan lebih mudah disapu, tidak bersememeh dan tahan lama.

Jadi, jika anda gemar bersolek, tumpukan perhatian lebih kepada langkah pertama tatarias wajah iaitu bedak asas.  Ada enam jenis bedak dan keperluannya berbeza mengikut waktu serta keadaan. Berikut ini panduan memilih bedak serta teknik sapuannya. [private levels=”free”]

  • Penyamar noda – langkah pertama agar kulit gebu dan mulus. Biasanya, dalam bentuk putar atau padat berkrim. Mampu menutup sebarang cela dan garis halus.
  • Bedak debu – untuk kegunaan di rumah. Kemasan menyeluruh dan nampak semula jadi. Gunakan span gebu bagi mendapat sapuan pusam, nipis dan rata. Manakala penggunaan berus besar memastikan sisa bedak dibersihkan sepenuhnya.
  • Bedak padat – sesuai kegunaan sepanjang hari di luar rumah untuk mengembalikan kesegaran wajah. Membantu menyerap sisa minyak (punca muka nampak berkilat dan tidak bermaya). Jika jenis kulit kering, sapu menggunakan span lembap.
  • Bedak cecair – sesuai untuk kegunaan di rumah. Dalam bentuk likat berkrim dan sesuai menutup cela serta garis halus. Sapu dengan hujung jari hantu bagi mendapatkan sapuan kemas dan rata, tetapi tidak sesuai untuk kulit jenis berminyak.
  • To-way cake – penyelamat waktu kecemasan. Bertindak sebagai penyamar noda dan bedak asas. Boleh bertahan hingga empat jam, anda hanya perlu pedap bedak padat kering atau tekap menggunakan kertas penyerap minyak untuk mengembalikan kesegaran wajah.
  • Bedak debu bronze – mampu membantu menaikkan seri wajah. Sekiranya perlu menghadiri majlis terus dari pejabat, anda hanya perlu menambah solekan dan sapu bedak debu bronze. Pigmen berkilat membiaskan kesan seri wajah apabila disimbah cahaya neon. Hebat, bukan!
Tip: Bolehkah menggunakan enam jenis bedak serantak? Tidak! Anda tentunya tidak mahu kelihatan seperti pelakon kabuki Jepun, bukan? Jadi, pilih salah satu atau gandingkan dua jenis bedak sahaja untuk mendapatkan kemasan diingini. Misalnya, paduan bedak asas dan bedak debu berupaya memberi kesan hebat. Pastikan sapuan kemas dan pilih serasi warna kulit anda agar tidak kelihatan seperti bertopeng. [/private]

 

FOLLOW US ON:
Tip Memahami Sistem
Pokok kurma berbuah

mediawriter1@gmail.com

Rate This Article:
NO COMMENTS

LEAVE A COMMENT

Optimized with PageSpeed Ninja