Monday, May 21, 2018
HomeTip SihatRahsia perut rata dalam 14 hari!

Rahsia perut rata dalam 14 hari!

SEMUA orang mahu bentuk tubuh menarik, betul tak? Oh ye, anda pernah nampak seseorang dengan badan langsing tetapi perutnya buncit? Atau barangkali anda sendiri menghadapi masalah ini?

Advertisements

Sama ada bagi wanita mahupun lelaki, perut buncit memang mengganggu penampilan, malah boleh mengurangkan keyakinan diri. Dek rasa terganggu dengan keadaan ini, ramai (khususnya wanita) segera melakukan berbagai cara supaya perut yang membuncit menjadi rata.

Padahal, tidak perlu terlalu risau. Ada rahsia mudah, cepat dan selamat yang boleh membantu anda mendapat perut rata. Misalnya, mengamalkan makan buah-buahan segar secara teratur khususnya waktu pagi.

Berikut ini beberapa jenis buah yang secara semula jadi bukan sahaja berkhasiat untuk kesihatan kerana kandungan gizinya, tetapi turut membantu anda lebih berkeyakinan dengan perut rata tanpa lemak dan bonjolan yang mencacatkan penampilan diri:

Avokado
Buah kaya khasiat ini bukan sahaja bermanfaat mencantik kulit anda dengan kandungan vitamin E, antioksidan dan glutathione, malah boleh membantu mendapatkan perut rata dalam waktu singkat.

Secara semula jadi, Avokado kaya dengan enzim lipase yang baik untuk proses pencernaan dan bermanfaat memecah lemak, selain meminimalis gas berlebih di dalam perut.

Pisang
Kaya dengan zat potassium dan kalium, sama seperti enzim lipase yang terkandung di dalam avokado, potassium dan kalium pada pisang juga membantu mencegah terjadinya penimbunan gas berlebih di dalam perut (yang sering menjadi penyebab perut kembung dan buncit).

Betik
Buah ini sangat bermanfaat untuk membantu proses tubuh mencerna protein dengan lancar sehingga menghindari terhasilnya gas di dalam perut yang menjadi penyebab kembung dan masalah penghadaman, sekali gus menghindari berlakunya masalah sembelit. Perut bukan tempat menyimpan ‘sampah’ dan lemak, ye!

Tembikai
Cukup istimewa. Bukan sahaja warnanya menarik, rasa juga sedap. Buah ini akan membantumu dengan cara yang berbeza.

Kandungan airnya tinggi  membantu akan meningkatkan pengeluaran urin di tubuh sehingga garam berlebih pada tubuh dapat dibuang dengan baik. Ingat ya, garam berlebih yang terperangkap di dalam perut salah satu daripada beberapa penyebab utama perut kembung dan bergas!

Macam mana, mudahkan untuk mendapat perut rata dalam waktu singkat. Cuma memerlukan 14 hari, kesabaran dan amalan yang teratur. Lebih baik lagi jika disertakan dengan senaman ringan khususnya yang memberi tekanan pada bahagian perut. Selamat mencuba.

comments

POST TAGS:
FOLLOW US ON:
'JJK' Perkenal Produ
Ilham memukau Syomir

mediawriter1@gmail.com

Rate This Article:
NO COMMENTS

LEAVE A COMMENT

Optimized with PageSpeed Ninja