Rahsia pikat hati si dia

0
Ciuman, pelukan, berpegangan tangan dan duduk disisi pasangan dapat mendekatkan jalinan emosi. (Gambar sekadar hiasan)

Ciuman, pelukan, berpegangan tangan dan duduk disisi pasangan dapat mendekatkan jalinan emosi. (Gambar sekadar hiasan)

PERKAHWINAN kekal harmoni, bahagia dan penuh  kasih sayang menjadi harapan serta impian bagi setiap pasangan suami isteri. Sebenarnya, banyak cara yang kadang kala terdengar remeh, tetapi mampu membantu mewujudkan sekali gus merawat cinta serta kasih sayang dalam hubungan suami isteri agar tetap ‘awet muda’.

Misalnya, memberi kucupan dan senyuman kepada pasangan, saling membantu, sentuhan kecil, menghadiahi pasangan dengan sesuatu yang diinginkannya, menjaga kebersihan diri dan memberikan pujian antara cara sedehana yang boleh dilakukan suami isteri.

Selain itu, warnai setiap pertemuan dan perpisahan dengan kucupan dan senyuman penuh cinta. Kucupan yang diberikan suami atau isteri ketika mahu keluar atau pulang ke rumah boleh mendamaikan hati. Mengapa?

Pelakukan itu memberi tanda kerelaan, penerimaan, doa dan isyarat kebaikan. Pada masa sama sebagai tanda kesetiaan pasangan suami isteri terjaga dengan baik.

Dalam kesibukan menguruskan rumah tangga, jangan batasi diri anda untuk berdua-duaan dengan pasangan. (gambar sekadar hiasan)

Dalam kesibukan menguruskan rumah tangga, jangan batasi diri anda untuk berdua-duaan dengan pasangan. (gambar sekadar hiasan)

Panduan berikut mungkin boleh membantu anda mewujudkan dan menjaga keintiman hubungan dengan pasangan.

  • Membantu pasangan melakukan sebahagian daripada tugas dan tanggungjawabnya boleh membantu hubungan suami isteri semakin mesra. Misalnya, “Ohh.. penat juga cuci pinggan, ya”. Pada masa sama, pasangan berasa mendapat perhatian dan dihargai.
  • Sentuhan lembut menjadi satu daripada bahasa cinta. Ya, benar, kasih sayang tidak selalu harus ditunjukkan dengan sentuhan. Ciuman, pelukan, berpegangan tangan dan duduk disisi pasangan dapat mendekatkan jalinan emosi (mendamai dan menenangkan hati pasangan).
  • Beri pujian kepada pasangan pada waktu tertentu membuat pasangan berasa diperlukan, dihargai dan diperhatikan. Pujian yang baik dan tepat membantu memberi dorongan kepada pasangan untuk melakukan sesuatu dengan  lebih baik atau paling tidak, mempertahankannya. Hubungan anda dan pasangan juga bertambah intim.
  • Hadiah berpengaruh besar dalam menyemai perasaan cinta dan kasih pasangan suami isteri. Apatah lagi jika diberi pada waktu tepat dan hadiah yang sesuai (mungkin diperlukan). Hadiah itu kecil dan tidak mahal, tetapi paling penting mampu mengungkapkan kasih sayang anda kepada pasangan.
  • Dalam setiap keadaan, kebersihan diri harus diberi perhatian. Lumrah, jika berbau (misalnya, badan atau nafas berbau) akan dijauhi kerana rasa terganggu (dengan bau).  Jadi, jagalah kebersihan diri kerana pasangan berhak mendapatkan yang terbaik daripada anda.
  • Bergurau boleh merehatkan hati, menenangkan fikiran, penawar kebosanan dan mampu mengukir senyuman. Anda boleh membayangkan betapa dinginnya hubungan suami isteri jika tidak diselingi gurau senda. Jadi, berguraulah selalu agar rumah tangga sentiasa ceria.
  • Dalam kesibukan menguruskan rumah tangga, jangan batasi diri anda untuk berdua-duaan dengan pasangan walaupun sekadar duduk berbual santai atau melakukan kegiatan rumah berdua, mengemas rumah atau memasak makanan kesukaan. Makan berdua, atau mengunjungi kenalan tanpa anak boleh membantu pasangan agar semakin dekat dan mesra.

 

 

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

Anis Remli

Selain gemar memerhati, selalu teruja merakam keindahan semula jadi. Suka melancong terutama ketika musim sejuk. Gemar muzik keras, teater dan novel indie serta puisi jalanan.

Leave A Reply