Monday, Oct 15, 2018
HomeKecantikanRahsia Wajah Tidak Berminyak

Rahsia Wajah Tidak Berminyak

Dalam teknik tatarias asas, penggunaan alas bedak (foundation) sangat penting sebelum dirapikan dengan bedak padat, gincu, pemerah pipi dan lainnya. Justeru, kualiti alas bedak menentukan hasil keseluruhan riasan wajah.

Advertisements

Sayangnya, ada segelintir wanita malas mengaplikasikan alas bedak kerana boleh membuat kulit menjadi berkilat dan kelihatan berminyak. Padahal, jika pilihan alas bedak sesuai jenis kulit dapat membantu membuat rias wajah tahan lama dan penampilan lebih segar.

Tahukah anda, kulit wajah berminyak terjadi kerana selepas mengoles alas bedak, anda terus menyapu bedak padat.

Gambar: hiasan

Alas bedak memang mengandungi kadar minyak dan membuat wajah kelihat sedikit berkilat. Begitu juga bedak padat, justeru gunakan bedak tabur (lose powder) untuk menyerap kelebihan minyak yang ada pada alas bedak.

Kemudian,  rapikan dengan bedak tabur terlebih dulu. Gunakan span untuk meratakannya dan tekan perlahan-lahan. Jangan lupa sapukan bedak pada bawah mata untuk menyamarkan kedutan.

Butiran bedak tabur akan menyerap kelebihan minyak daripada alas bedak, teknik ini membuat bedak lebih melekat pada wajah.

Selepas merapikan wajah dengan bedak tabur, langkah seterusnya menggunakan bedak padat, eye shadow, eyeliner, blush-on dan lipstick. Mudah, bukan.

comments

POST TAGS:
FOLLOW US ON:
Pasangan Anda Curang
Kuasa doa

mediawriter1@gmail.com

Rate This Article:
NO COMMENTS

LEAVE A COMMENT

Optimized with PageSpeed Ninja