Raih RM17.3 juta, Polis Evo Catat Rekod Pecah Panggung

0
Filem arahan Ghaz Abu Bakar dan karya asal produksi Astro Shaw, Joel Soh, Kyle Goonting dan Anwari Ashraf ini berjaya mencatat rekod sebagai filem tempatan paling laris dalam perfileman negara.

Filem arahan Ghaz Abu Bakar dan karya asal produksi Astro Shaw, Joel Soh, Kyle Goonting dan Anwari Ashraf ini berjaya mencatat rekod sebagai filem tempatan paling laris dalam perfileman negara.

Kejayaan filem Polis Evo meraih kutipan pecah panggung, RM17.3 juta selepas 42 hari ditayangkan di 83 pawangan seluruh Malaysia dan Brunei cukup mengejutkan ramai, termasuk pelakon dan produksi terbitannya. Fenomena luar jangka ini sekalu gus mencatat sejarah dunia perfileman Malaysia.

Kutipan pecah panggung ini disokong faktor tontonan lebih daripada sekali, malah lagu tema berjudul Evo juga mendapat tempat di kalangan peminat muzik apabila lebih 700,000 pelayar mendengar lagu berentak “up beat” itu dalam tempoh kurang sebulan selepas di muat naik di YouTube.

Lebih menarik, Polis Evo memberikan impak besar di laman sosial apabila sekurang-kurangnya 10 ribu pengguna memperkatakan mengenainya sebelum ditayangkan.Komen positif itu turut mempengaruhi pengguna laman sosial lain untuk menonton filem ini.

Terdahulu Polis Evo berjaya mencatat kutipan memberangsangkan dengan jumlah RM8 juta selepas 11 hari ditayangkan.

Filem arahan Ghaz Abu Bakar dan karya asal produksi Astro Shaw, Joel Soh, Kyle Goonting dan Anwari Ashraf ini berjaya mencatat rekod sebagai filem tempatan paling laris dalam perfileman negara, sekali gus memecah rekod kutipan tiket paling tinggi dipegang filem ‘The Journey’ terbitan Astro Shaw, yang pernah meraih RM17.28 juta pada tahun 2014.

Filem bergenre aksi yang mula ditayangkan pada 17 September 2015 memaparkan kisah dua anggota polis,  Khai (Shaheizy Sam) dan Sani (Zizan Razak). Mereka mempunyai personaliti yang sangat berbeza tetapi harus bekerjasama untuk menumpaskan satu operasi pengedaran dadah di Terengganu.

Naib Presiden & Ketua Astro Shaw, Najwa Abu Bakar, berkata, Polis Evo mencipta satu fenomena baharu hingga berjaya menarik hati penonton untuk terus melabur di panggung.

“Ini memang diluar jangkaan kami, dalam kesuraman industri perfileman tempatan ketika ini, peminat masih memberi kepercayaan kepada Polis Evo untuk menduduki tempat teratas dalam carta filem Melayu terlaris tahun ini.

“Sebenarnya, bukan mudah menjangka situasi industri perfileman tempatan dan berterima kasih kepada peminat yang memberi kepercayaan kepada Polis Evo,” ujar Najwa. Pada masa sama, dia berharap fenomena yang dicetuskan Polis Evo mampu menyuntik semangat baharu dalam dunia filem tempatan.

Selepas ini, bagi pembukaan tirai tahun 2016, Astro Shaw bakal tampil dengan sebuah filem romantik bertajuk ‘Langit Cinta’. Filem ini akan menemui penonton di pawagam pada 7 Januari 2016. Selain turut mempersembahkan filem OlaBola, Aliff Dalam 7 Dimensi, Dukun Doktor Dani dan Hantu Rumah Sakit Jiwa.

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

Leave A Reply