Rambut kekal bergaya sepanjang hari

0
Gambar hiasan

Gambar hiasan

SIAPA kata lelaki tidak mementingkan gaya dan penampilan mereka? Selain pakaian, mereka juga mengutamakan gaya rambut harian. Minyak rambut, gel atau wax antara produk rambut pilihan lelaki.

Sesuai peredaran zaman dan perkembangan fesyen, gaya rambut lelaki sentiasa melalui transisi evolusi dengan trend gaya terbaru. Sama seperti pakaian, gaya rambut trendy dan sesuai mencerminkan personaliti lelaki.  Sayangnya,  kebebasan untuk mengayakan stail rambut terkini mungkin tidak dapat direalisasikan kerana masalah kelemumur.

Kelemumur adalah masalah yang  sering dialami kebanyakan lelaki. Kepingan-kepingan putih yang kelihatan ketara pada rambut dan pakaian harus di atasi dalam memastikan anda tampil yakin dengan gaya rambut tersendiri.

Memahami kepentingan untuk mengatasi masalah ini, ELITE memperkenalkan rangkaian gel rambut antikelemumur ELITE Combat Dandruff & Flakes.  Pelancaran rangkaian produk  terbaharu ini memperkukuhkan kedudukan jenama ELITE sebagai pakar penggayaan rambut lelaki.

Khusus agen antikelemumur
Diformulasi khusus dengan agen anti-kelemumur bagi mengawal dan mencegah kelemumur, rangkaian gel rambut ELITE Combat Dandruff & Flakes baharu ini turut diperkaya dengan nutrien phyto, SEPICAP, untuk pelindungan daripada UV dan pencemaran.

Tidak hanya memastikan rambut bebas daripada kelemumur, malah memberi gaya rambut kekal terpacak. Ini membolehkan lelaki menggayakan rambut mengikut stail keinginan mereka serta yakin bebas daripada masalah kelemumur. Produk ini juga diperkaya manfaat hebat yang mampu mengurangkan sebum kulit kepala serta pelindungan yang memastikan rambut lebih kuat dan kulit kepala sihat.

ELITE Combat Dandruff & Flakes boleh didapati sama ada di dalam bentuk  gel atau gel air. Bagi mereka yang mahu penampilan gaya rambut terikini yang rapi dan tahan lama, gel rambut jenis ini penyelesaiannya. Manakala bagi mereka yang mahu menyerlahkan penampilan dengan gaya rambut maskulin ELITE Combat Dandruff & Flakes Water Gel pilihan terbaik. Produk ini memberikan kesan kilat semula jadi serta gaya terpacak sepanjang hari.

Layari laman Facebook Elite by Dashing di https://www.facebook.com/EliteEdgyEFX untuk maklumat lanjut mengenai produk serta aktiviti menarik.

Elite-by-Dashing-1Gel Rambut ELITE  Combat Dandruff & Flakes
Bentuk gaya rambut dan penampilan yang terhangat tanpa bimbang tentang masalah kelemumur dan kepingan-kepingan keputihan. ELITE mengandungi agen anti-kelemumur dan diperkaya dengan nutrien phyto, SEPICAP. Sesuai untuk mereka yang memiliki rambut  paling pendek sehingga sederhana pendek.
• Megawal & mencegah kelemumur
• Mengurangkan sebum kulit kepala untuk rambut & kulit kepala lebih sihat
• Melindungi rambut daripada UV dan pencemaran
• Menguatkan rambut
• Tanpa alkohol

Boleh di dapati dalam pek:
• 100 g (Tiub)  RM 5.50
• 50 g (Tiub)  RM 8.20
• 250 g (Tub) RM 9.30

Water-Gel-1ELITE Edgy EFX  Combat Dandruff & Flakes Water Gel
Kekal bergaya dan tampil yakin dengan gaya rambut idaman anda bebas daripada kelemumur. Lawan dan cegah kelemumur menggunakan gel cair ELITE dengan formulasi  kawalan kuat produk yang mampu memberikan kilauan semula jadi. Ia diperkaya dengan nutrien phyto SEPICAP yang melindungi rambut daripada UV dan pencemaran serta menguatkan rambut.
Sesuai untuk rambut pendek sehingga sederhana pendek. Disediakan dalam pek: 200 ml  RM 12.30

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

Zureena Aqil

Gadis, 27 tahun, minat mengembara dan gemar makanan cita rasa Indonesia. Agak pendiam, tetapi pandai juga menyakat orang.

Leave A Reply