Rangkaian penjagaan wajah dari Pulau Jeju

0
 Ahli sains Innisfree telah menggembara ke seluruh pulau berkenaan untuk mencari kebaikan yang boleh digunakan dalam setiap produknya bagi disesuaikan dengan lapan masalah kulit utama wanita Asia.


Ahli sains Innisfree telah menggembara ke seluruh pulau berkenaan untuk mencari kebaikan yang boleh digunakan dalam setiap produknya bagi disesuaikan dengan lapan masalah kulit utama wanita Asia.

MASALAH seperti kulit kering, kulit berminyak dan berbintik hitam, kulit gelap, kedutan, liang roma besar, penghasilan sebum tidak terkawal, selain mahu kekal sihat dan lebih muda serta membuang sel kulit mati adalah antara persoalan yang sering diutarakan wanita lewat usia 20-an hingga 30-an.

Memahami situasi dan keperluan itu, Innisfree memanfaatkan khasiat khazanah alam dan berjaya mengolah kebaikan alam semula jadi Pulau Jeju, Korea Selatan, yang masih belum diterokai seperti teh hijau, tangerin, tanah gunung berapi, tumbuhan laut, buah zaitun dan kacang soya.

Ahli sains Innisfree telah menggembara ke seluruh pulau berkenaan untuk mencari kebaikan yang boleh digunakan dalam setiap produknya bagi disesuaikan dengan lapan masalah kulit utama wanita Asia.

Innisfree yang mempunyai rangkaian seperti Moisturizing Jeju Green Tea Line, Pore Care Jeju Volcanic Line, Whitening Care Eco Science White C Line, Total Care Orchid Line, Nutrimoisturizing Care Olive Real Line dan Firming and Lifting Soybean Line.

Pengarah Pemasaran Innisfree, Koo Ae-Ran berkata, seiring peningkatan kesedaran pada kehijauan dan kehidupan harmoni bersama alam semula jadi, ini waktu terbaik bagi mereka membawa kebaikan semula jadi Pulau Jeju ke Malaysia bagi memenuhi permintaan produk kecantikan.

“Kami komited membawa sasaran kehijauan ke peringkat seterusnya. Pesta Innisfree 2015 di Kuala Lumpur ini adalah usaha kami berkongsi kebaikan itu dan kami percaya kembara pengalaman yang direka khas ini akan membawa masyarakat penggunaa satu langkah ke hadapan untuk memahami ideologi hijau di sebalik jenama ini,” katanya ketika berucap dalam Pesta Innisfree 2015 di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Bintang terkenal Korea Selatan, Lee Min Ho, selaku duta Innisfree.

Bintang terkenal Korea Selatan, Lee Min Ho, selaku duta Innisfree.

Bintang terkenal Korea Selatan, Lee Min Ho, selaku duta globalnya turut didatangkan khas untuk pesta ini. Dalam pertemuan itu, aktor tampan yang popular menerusi siri TV Boys Over Flowers ini turut berkongsi rejim kecantikan hariannya.

“Saya tidak tidak pernah keluar rumah tanpa Forest for Men All-in-one Essence Innisfree. Zaman telah berubah dan lelaki juga perlu menjaga penampilan mereka terutama wajah.

“Penjagaan ini penting untuk lelaki kerana refleksi paling jelas bagi memberikan gambaran sebenar diri kita. Saya serasi dengan penggunaan Super Volcanic Pore Clay Mask dan Green Tea Seed Serum Innisfree kerana membantu mencerahkan dan menghidrasi kulit saya, selain memberi kesegaran sepanjang hari walaupun perlu menjalani jadual penggambaran yang padat,” ujarnya ketika datang ke Kuala Lumpur baru-baru ini.

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

Leave A Reply