Rantai Dempak Pelengkap Gaya

0
Tampil moden dengan perhiasan sederhana tetapi mampu memukau pandangan. (Gambar sekadar hiasan)

Tampil moden dengan perhiasan sederhana tetapi mampu memukau pandangan. (Gambar sekadar hiasan)

“Ala baju kurung ni kosong sangatlah, tak ada corak,” runggut Lisa, apabila Zira mencadangkan dia memakai sepasang baju kurung untuk dipakai menghadiri majlis doa selamat teman rapat mereka.

“Apa susahnya, aku banyak aksesori dempak. Pilih aje mana yang sesuai, untuk baju kurung Awak ni sesuai padankan dengan rantai dempak rona emas ni. Nampak elegan tau,” balas Zira sambil menayang selonggok perhiasan dari begnya. Lisa tersenyum lega, selesai masalah.

Ya, sepasang blous merah polos diserikan dengan rantai dempak rona emas sudah cukup memancing gaya dan penampilan anda. Tampil moden dengan perhiasan sederhana tetapi mampu memukau pandangan. Begitulah istimewaanya aksesori dempak yang mencorakkan lagi penampilan.

Aksesori dempak seperti rantai, gelang dan cincin biasanya berukuran besar dan multigaya. Pemilihan rona daripada nuansa terang juga blok warna melengkapkan setiap gaya.

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

Zureena Aqil

Gadis, 27 tahun, minat mengembara dan gemar makanan cita rasa Indonesia. Agak pendiam, tetapi pandai juga menyakat orang.

Leave A Reply