Rawatan untuk perut buncit

0
Masalah perut buncit biasanya bermula daripada perkara yang dianggap remeh dan dilakukan tanpa sedari, seperti makan terlalu banyak, kerap mengunyah dan jarang berolahraga. Gambar hiasan.

Masalah perut buncit biasanya bermula daripada perkara yang dianggap remeh dan dilakukan tanpa sedari, seperti makan terlalu banyak, kerap mengunyah dan jarang berolahraga. Gambar hiasan.

“CANTIKNYA dress ni, tetapi perut saya buncit. Kalau pakai baju macam ni tentu terbonjol keluar semua lemak, penampilan saya nampak buruk.” Rungut Nadia, kecewa kerana tidak dapat memakai pakaian idamannya.

Ya, masalah perut buncit dan mengeleber bukan sahaja mencacatkan penampilan, malah lemak berlebihan pada perut boleh memberi risiko berbahaya kepada kesihatan.

Penyebab perut buncit biasanya bermula daripada perkara yang dianggap remeh dan dilakukan tanpa sedari, seperti makan terlalu banyak, kerap mengunyah, jarang berolahraga dan lain-lain. Berikut ini beberapa risiko kesihatan yang boleh ‘menyerang’ si perut buncit:
•    Kolestrol tinggi
Lemak pada bahagian perut boleh berubah menjadi asid lemak pada tubuh dan menyebabkan masalah kolekstrol serta penurunan tahap kolestrol baik di dalam tubuh. Sekali gus boleh mendatangkan beberapa pelbagai penyakit berbahaya bagi seperti penyakit jantung, tekanan darah tinggi, bahkan stroke.
•    Penurunan fungsi paru–paru
Berbanding lelaki yang tiada masalah perut buncit, lelaki dengan lemak berlebihan pada perut mempunyai peratusan ujian pernafasan yang buruk. Jika keadaan ini dibiar berterusan,  boleh menyebabkan penyempitan saluran pernafasan dan menimbulkan penyakit paru kronik atau asma.
•    Sistem metabolise tubuh rosak
Timbunan lemak di dalam tubuh mengeluarkan hormon yang menghambat sistem metabolise. Ini boleh mengubah reseptor insulin di dalam tubuh, sehingga tubuh sukar untuk mengatur tahap gula dan darah. Ini boleh menyebabkan masalah diabetes.
•    Kerosakan pada pembuluh arteri
Beberapa hasil kajian menunjukkan peningkatan lemak pada pinggang boleh menyebabkan risiko kerosakan pada arteri. Jika dibiarkan saja tanpa dirawat boleh mendatangkan penyakit serius seperti jantung juga stroke.
•    Penyakit Demensia dan Alzheimer
Lemak berlebihan pada perut boleh menyebabkan terjadinya beberapa penyakit unik seperti Alzheimer. Pada penelitian tahun 2010, mendapati jumlah lemak  pada perut berkaitan dengan penurunan volume otak pada akhirnya boleh menyebabkan penyakit otak seperti demensia dan Alzheimer.

Ternyata, banyak penyakit yang disebabkan perut buncit (keranam timbunan lemak pada perut). Sebaiknya, amalkan gaya hidup sihat dan  elakkan beberapa aktiviti yang membuat perut anda semakin buncit. Menunda makan, makan sesuatu yang mengandungi gas, tidur selepas makan, jarang berolahraga, duduk terlalu lama dan memakan makanan ringan juga boleh menyebabkan perut semakin buncit kerana tertimbun lemak.

Bakar lemak tanpa rasa sakit
Bagi anda yang mempunyai masalah perut buncit dan mengeleber, anda boleh mencuba rawatan moden menggunakan mesin ‘Vanquish’ yang mampu menghilangkan lemak degil menggunakan teknologi terkini tanpa menyentuh tubuh.

Sistem baru Vanquish adalah prosedur unggul yang tidak invasif menggunakan radio frekuensi gelombang (RF) untuk membunuh sel-sel lemak tanpa merosakkan kulit atau otot.

Vanquish adalah rawatan revolusioner dalam sculpting badan bukan invasif dan rawatan paling dekat dengan keputusan pembedahan. Reka bentuk Vanquish yang unik membolehkan mesin ini merawat kawasan besar pada satu masa, sekali gus menjadikannya rawatan pada kawasan terbesar dalam industri kosmetik.

Mesin ini yang pertama tidak menyentuh badan, bebas daripada menggunakan tenaga tangan untuk mengurus badan, memberikan hasil konsisten dan memastikan ruang kecil untuk kesilapan manusia. Keupayaan untuk merawat kawasan yang sangat besar membantu mempercepatkan masa rawatan dan merawat kawasan besar sekali gus.

Vanquish menunjukkan keputusan terpantas dalam pengurangan lemak tetap dan pesakit mungkin dapat melihat hasilnya selepas rawatan pertama mereka. Setiap rawatan Vanquish mengambil masa purata 30 minit dan kebanyakan pesakit memerlukan empat kali rawatan secara purata, setiap rawatan minimum seminggu sekali.

Vanquish menawarkan pengalaman rawatan baru yang menarik dan telah terbukti sebagai kaedah yang selamat serta berkesan untuk pengurangan lemak.

Salamiah Hassan, Yasmin Hani, Amy Search, Atalia, Daphne Iking dan Haiza antara 12 artis dan selebriti yang hadir di majlis pelancaran produk terbaru Ko Skin Specialist Centre di Klang, Selangor, antaranya

Salamiah Hassan, Yasmin Hani, Amy Search, Atalia, Daphne Iking dan Haiza antara 12 artis dan selebriti yang hadir di majlis pelancaran produk terbaru KO Skin Specialist Centre di Klang, Selangor.

Lagenda rock tersohor, Amy Search antara pengguna terawal mesin Vanquish berkata, dia telah menghadiri dua sesi rawatan itu dan kesannya sangat menggalakkan.

“Baru-baru ini berat badan saya meningkat 57 kilogram, sedangkan berat badan ideal saya 52 kilogram. Isteri saya memperkenalkan rawatan menggunakan Vanquish,  mesin pembakar lemak yang tidak menyakitkan tetapi  menunjukkan hasil yang sangat memuaskan.

Mesin pembakar lemak ini tidak menyakitkan dan hasilnya sangat memuaskan. Selepas saja mendapatkan rawatan Vanquish, perut saya yang buncit berkurangan hingga six packs saya kelihatan. Saya akan menjalani sesi rawatan ini untuk beberapa sesi lagi. Saya buat rawatan ini bukan untuk kurus, sebaiknya mahu mengelakkan daripada sebarang penyakit gara-gara timbunan lemak pada perut,” kata Amy ketika ditemui di majlis pelancaran produk pembakar lemak, Vanquish di KO Skin Specialist Centre , Klang, pada 3 Jun 2014

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

Leave A Reply