RM10 juta bina lima cawangan baharu Ariani

0

JAKEL Trading Sdn Bhd (Jakel) menerusi jenama tudung Ariani merancang menambah lima cawangan baharu Ariani menjelang akhir 2015 termasuk di Brunei.

Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Mohamed Faroz Mohamed Jakel berkata, sebanyak RM10 juta diperuntukkan untuk pembinaan semua cawangan baharu Ariani, setiap satu cawangan memerlukan kos RM2 juta.

Pembukaan cawangan baharu Ariani di Malaysia membabitkan Bandar Tun Hussein Onn, Cyberjaya, Pulau Pinang dan Sarawak.

siti

“Usaha ini bagi meluaskan pasaran dengan pembukaan cawangan baharu Ariani di Brunei dan empat dalam negara untuk memenuhi permintaan pelanggan setia kami.

Ariani mempunyai 20 cawangan di seluruh Malaysia kecuali Sarawak. Kami merancang membuka cawangan di Sarawak tetapi masih dalam perbincangan mengenai lokasinya,” katanya dalam sidang media selepas majlis pratonton eksklusif koleksi baharu Ariani di Kuala Lumpur.

Turut hadir, Pengarah Eksekutif Ariani Norhana Sharkhan, penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Taruddin dan duta baharu Ariani iaitu personaliti TV, Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zin serta selebriti juga pengacara, Wardina Safiyya Fadlullah Wilmot.

Turut diadakan ialah penyampaian hadiah kepada 66 pemenang cabutan bertuah Ariani yang diadakan bersempena jualan murah akhir tahun pada 2013.

Selain itu, Jakel akan bekerjasama dengan Siti Nurhaliza untuk menghasilkan koleksi Siti Nurhaliza Collections by Ariani yang mula dijual pada 21 Mac sehingga 31 Mac depan.

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

Leave A Reply