Robin Williams disyaki bunuh diri

0
Pegawai seranta kepada pelakon "Good Will Hunting" ini berkata, Robin sering mengalami kemurungan sebelum kematiannya.

Pegawai seranta kepada pelakon “Good Will Hunting” ini berkata, Robin sering mengalami kemurungan sebelum kematiannya.

PELAKON dan pelawak terkenal, Robin Williams ditemui mati di rumahnya di California disyaki membunuh diri, kata polis semalam.

Menurut kenyataan Jabatan Sheriff Wilayah Marin, pemenang anugerah Oscar berusia 63 tahun itu ditemui mati sejurus sebelum tengah hari di rumahnya di Tiburon, California Utara.

“Pada masa ini, Divisyen Koroner Pejabat Sheriff mengesyaki kematiannya akibat asfiksia susulan cubaan membunuh diri,” menurut kenyataan itu.

Pegawai seranta kepada pelakon “Good Will Hunting” ini berkata, Robin sering mengalami kemurungan sebelum kematiannya.

“Robin Williams meninggal dunia pagi ini. Dia telah bergelut dengan kemurungan sejak kebelakangan ini,” Mara Buxbaum berkata dalam satu kenyataan.

“Ini satu kehilangan yang tragik dan mengejutkan. Pihak keluarga meminta agar tidak diganggu ketika mereka berduka pada saat yang sukar ini.”

Isteri Robin, Susan Schneider meminta agar peminat bintang veteran yang juga ayah kepada tiga anak ini menyanjungi kepintaran pelawak genius ini berlawak.

“Pagi ini, saya kehilangan suami dan rakan baik saya, manakala dunia kehilangan seorang artis yang disayangi dan seorang yang baik hati,” kata Schneider, yang menjadi isteri ketiga aktor itu pada tahun 2011.

Antara penghibur Amerika yang disayangi dalam generasinya, nama Robin Williams melonjak naik setelah muncul dalam sitkom televisyen “Mork & Mindy”.

Dia kemudian berlakon di dalam beberapa filem, antaranya “Good Morning Vietnam” pada tahun 1987 dengan watak hos radio di pangkalan tentera Amerika Syarikat di Veitnam, “Dead Poets Society” (1989) sebagai guru bahasa Inggeris yang eksentrik dan “Good Will Hunting”  (1997) yang menobatkannya sebagai pelakon pembantu terbaik di Oscar.- Sumber: Astro Awani

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

Leave A Reply