Sahut cabaran Listerine 21 hari untuk lebih sihat dan menyerlah

0

NAFAS segar bukan sahaja mambantu meningkatkan keyakinan diri, malah membakar semangat untuk berusaha mencapai kejayaan lebih cemerlang dalam kehidupan. KATA penulis dan penceramah motivasi terkenal Zig Ziglar;“Anda tidak perlu menjadi seseorang yang hebat untuk bermula, tetapi anda mesti bermula untuk menjadi hebat.”

Jadi, sahutlah cabaran bermula dengan komitmen harian yang kecil untuk diri anda lebih sihat dan menyerlah! Kempen menyeronokkan yang menawarkan fakta dan nasihat holistik mengenai kesihatan mulut, nutrisi dan kecerdasan untuk membantu rakyat Malaysia mencapai matlamat peningkatan diri.

Menurut pakar, proses ini hanya mengambil masa 21 hari untuk membentuk dan mengamalkan suatu tabiat baharu dan kini Listerine mencabar rakyat Malaysia untuk memulakan tabiat yang sihat dan amalkannya sepanjang tempoh 21 hari. Cabaran Listerine 21-Hari ini untuk menggalakkan rakyat Malaysia berusaha mencapai kehidupan lebih sihat dan optimum termasuklah kesihatan mulut yang menyeluruh dalam tempoh tiga minggu dengan melakukan perubahan kecil yang berkesan dengan penuh kesungguhan. Bak kata pepatah: “sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit”.

Pengarah Negara Kumpulan Retail, Johnson & Johnson Malaysia,Stuart Crabb,berkata, “Menerusi Cabaran Listerine 21-Hari ini, kami ingin menggalakkan rakyat Malaysia untuk lebih peka terhadap kesihatan mulut dan diri secara keseluruhannya dan mengambil langkah memulakan transformasi diri!

Kali ini, kami mencabar rakyat Malaysia untuk berusaha melakukan perubahan sebenar dalam pelbagai aspek kesihatan, sama ada kesihatan mulut, nutrisi dan kecerdasan untuk menjadikan mereka insan yang lebih sihat dan menyerlah,” kata Stuart Crabb.

Mengamalkan tabiat mudah seperti berkumur dengan pengkumur mulut 30 saat dua kali sehari boleh membawa kesan besar dalam jangka masa panjang. Kajian yang diumumkan baru-baru ini pada ‘Hari Kesihatan Mulut Sedunia’ mendedahkan, 78.1% tidak sedar atau tidak pasti bahawa memberus gigi hanya membersihkan 25% mulut mereka sahaja.

Cabaran Listerine 21-Hari diharapkan dapat mengubah dan meningkatkan tahap kesedaran di kalangan rakyat Malaysia kepentingan kesihatan mulut holistik dan rutin penjagaan mulut menyeluruh dengan bukti menjadikan mulut lebih sihat,” tambah beliau.

Take-the-Listerine-21-Day-Challenge-(1)-1Transformasi dalam Cabaran Listerine 21-Hari pada kesihatan mulut adalah terbukti secara klinikal:
• Hari pertama: Nafas lebih segar (Listerine terbukti membunuh 99.9% kuman yang menyebabkan nafas berbau)
• Hari ke-7: Gigi lebih bersih yang boleh dirasai (Pengguna merasakan Listerine menjadikan mulut lebih bersih dan segar berbanding hanya dengan memberus sahaja)
• Hari ke-14: Gusi lebih sihat (Pengguna mendapati peningkatan ketara dalam kesihatan gusi selepas dua minggu)
• Hari ke-21: Gigi lebih kuat (Listerine merangsang penyerapan flourida dan menguatkan permukaan gigi selepas tiga minggu)

Anda memang boleh!
Kajian juga menunjukan, jika anda boleh memecahkan matlamat yang besar kepada langkah yang kecil dan mudah tercapai, membiasakan diri dengan langkah itudan mendapat motivasi daripada komuniti serta pakar akan membantu membentuk tabiat positif dalam hidup anda. Justeru, kempen ini juga akan menampilkan pelbagai tip dan tunjuk ajar daripada pakar nutrisi dan pemakanan sihat Sarah Dussault dan jurulatih kecerdasan Cassey Ho dari Amerika Syarikat yang bakal dikongsikan melalui laman web Listerine AS.*

Anda boleh mulakan dengan tip nutrisi dan kecerdasan ini:
• Makanlah sarapan setiap hari untuk mencergaskan  tubuh anda, dan pilih makanan yang sesuai seperti telur rebus untuk membuatkan anda kenyang lebih lama pada waktu pagi. – Sarah Dussault
• Untuk mengelak dari makan terlalu banyak atau makan snek yang tidak sihat – jangan melebihi 3 jam sebelum memakan sesuatu. Sediakan snek yang sihat seperti kekacang, sayuran dengan sos sihat seperti epal dengan mentega kacang dan bebola/kepingan protein buatan sendiri. – Sarah Dussault
• Bersenam selama 10 minit setiap hari akan membantu memberikan anda rangsangan tenaga untuk sepanjang hari. Jadualkan senaman mingguan anda dengan mencatatkannya kerana ini akan membantu memantapkan komitmen anda dan menyukarkan anda terlepas senaman itu. – Cassey Ho
• Di tempat kerja, aturkan beberapa mesyuarat di luar pejabat supaya anda sentiasa aktif dan tidak hanya duduk di meja anda sepanjang hari. – Cassey Ho

Anda boleh mengambil langkah pertama ini, sahutlah Cabaran Listerine 21-Hari anda sendiri dan mulakan transformasi anda hari ini! Hantarkan SMS Listerine<jarak>emel anda ke 39993 (setiap SMS akan dicaj RM0.50) atau layari www.facebook.com/ListerineMalaysia untuk mendapatkan baucar percuma bernilai RM5 untuk membeli Listerine Total Care 750ml.

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

Zureena Aqil

Berusia 27 tahun, minat mengembara dan gemar makanan cita rasa Indonesia. Agak pendiam, tetapi pandai juga menyakat orang.

Leave A Reply