Sajian mengiurkan

0

CUKUP mengiurkan apabila melihat sajian menarik yang terpampang di depan mata. Hari ini, semakin ramai suri rumah yang rajin berkongsi kepakaran mereka sebagai ‘tukang masak’ di dalam blog. Lebih menarik, tidak hanya pandai memasak malah cukup berseni mempersembahankan hasil masakan mereka. Misalnya, dua blogger pilihan Dapur Maya kali ini. Mereka hebat di dapur, selain banyak memberi idea serta inspirasi dalam dunia masakan dengan cara tersendiri. Lihatlah hasil sajian mereka, kelihatan sangat menyelerakan!

Ct DelimacoverDari Dapur CT
(www.sitidelima.net)

Dari Dapur CT (DDCT) bermula daripada keinginan dan impian kecil pemilik blog untuk memahirkan diri dalam dunia masakan. Ternyata impian itu bukan sahaja memberi pengalaman dan kepuasan yang tidak ternilai untuk diri sendiri, malah turut bermanfaat kepada pengunjung setia blognya.  Menjadi blogger masakan memberi ruang wanita kecil molek ini mengenali ramai kenalan dan pelbagai resepi baru. Baginya, anyone can cook!

Berpandukan resipi dan beberapa tip yang sering diberikan, pasti ramai yang mampu memasak dengan baik. Itu juga harapan CT Delima yang tidak lokek berkongsi idea serta ilmu yang dimiliki.

SinarSinar Kehidupanku
(www.yatiememories.blogspot.com)

Aktif sebagai blogger sejak Januari 2010, wanita ini sentiasa mempelbagaikan resipi yang dikongsi dan mengasingkannya mengikut kategori seperti kuih-muih, ikan, ayam, mi, pastri dan kek. Resipi dan cara membuatnya juga mudah, jadi sesiapa sahaja boleh mencuba.

Melihat setiap makanannya ‘berposing’ cantik, pasti kecur liur dibuatnya. Blogger masakan ini bukan sahaja hebat memasak lauk-pauk, malah mahir membuat pelbagai jenis pemanis mulut. Hmmm…Menarik, bukan!

 

*Anda ada blogger masakan pilihan yang mahu kami ketengahkan di ruangan ‘Dapur Maya’? Boleh cadangkan kepada kami menerusi facebook/Inspirasi-Magazine-Online atau emel: inspirasimagazine@gmail.com

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

Leave A Reply