Sambal Durian Segar

0

DURIAN memang digemari ramai. Bau dan keenakan rasanya cukup mengujakan. Bukan sahaja sedap dimakan begitu sahaja, malah boleh dibuat tempoyak dan ramuan tambahan di dalam masakan seperti Gulai Tempoyak Ikan Patin dan lain-lain. Isi durian segar juga enak dibuat sambal. Resipi cukup mudah dan rasanya pasti membuat anda ‘gila bayang’.

sambaldurian

 

 

 

 

 

 

Bahan:

  • Isi durian segar
  • Cili padi, secukupnya
  • Sedikit garam

Cara membuatnya:

  1. Asingkan isi durian daripada bijinya.
  2. Tumbuk cili padi hingga hancur, kemudian masukkan isi durian dan gaul sehingga sebati.
  3. Bubuh sedikit garam dan gaul rata.
  4. Sedap dimakan bersama pelbagai jenis ulam seperti daun pegaga, kacang botol, bendi celur dan lain-lain. Selamat mencuba.

* Kami mengalu-alukan penyertaan anda di ruangan ini. Caranya, hantarkan gambar masakan bersama resipinya, nama anda bersama sekeping gambar untuk tujuan siaran melalui ruang mesej facebook/inspirasi e-magazine atau emel inspirasimagazine@gmail.com.

Kredit foto: Gambar utama (Durian)-sumber Internet

 

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

Leave A Reply