Friday, Apr 20, 2018
HomeProjek DapurSambal Sardin Ala Amy Search

Sambal Sardin Ala Amy Search

 

“SAYA suka makan, cukup seronok apabila dapat memasak makanan kegemaran. Selain Asam Pedas dan kari, saya selalu masak Sambal Sardin,” kata Amy Search mengenai makanan kegemarannya.

Advertisements

Ya, Sambal Tumis Sardin memang menjadi sajian kegemaran ramai, tidak terkecuali selebriti tersohor negara. Ha, jangan tak percaya lagenda rock tanahair ini bukan sahaja hebat di atas pentas, tetapi jaguh di dapur!

Lebih menarik,  sambal sardin antara makanan kegemaran yang sering dimasak selain Asam Pedas. Baginya, masakan ini sangat epik dan baru-baru ini bapa kepada pelakon terkenal, Nabila Huda ini telah memuat naik resipi Sambal Sardin ciptaannya.

Dek teruja, kami turut mencuba resipi yang dikongsi Amy menerusi laman sosial Instagram miliknya (AkuAmySearch). Ya, cukup mudah membuatnya dan paling penting, sedap sehingga menjilat jari. Nampaknya, Mahu cuba, semak bahan dan cara memasaknya.

Bahan:

  • Minyak untuk menumis
  • 2 biji bawang merah, dimayang
  • 7 camca besar cili kisar
  • 1 tin sardin
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 2 keping asam gelugor
  • 1 labu bawang besar
  • 1 biji tomato, dibelah empat (jika suka)

Bahan ditumbuk/dikisar:

  • 4 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • Sedikit belacan

Cara membuatnya:

  1. Panaskan minyak, tumis bawang yang dimayang sehingga layu. Kemudian masukkan bahan kisar, tumis sehingga naik baunya.
  2. Bubuh cili kisar, kacau rata dan tumis sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan ikan sardin, garam dan gula secukup rasa serta asam gelugor.
  4. Akhir sekali masukkan bawang besar serta tomato, masak dengan api kecil sehingga bawang layu dan kuah sedikit pekat.
  5. Sambal sardin ini boleh dihidangkan bersama nasi panas, roti atau lempeng. Selamat mencuba.
* Kami mengalu-alukan penyertaan anda di ruangan ini. Caranya, hantarkan gambar masakan bersama resipinya, nama anda bersama sekeping gambar untuk tujuan siaran melalui emel mediawriter1@gmail.com.-Editor

comments

FOLLOW US ON:
Neelofa mahu berhija
Ramai sebak baca lua

mediawriter1@gmail.com

Rate This Article:
NO COMMENTS

LEAVE A COMMENT

Optimized with PageSpeed Ninja