Thursday, Feb 22, 2018
HomeProjek DapurSambal Tumis Udang Petai

Sambal Tumis Udang Petai

Hidangan ini memang menjadi kegemaran ramai. Gandingan udang dan petai memang menjadi. Rasanya yang pedas, manis dan sedikit masam cukup menambat selera, apapatah lagi aromanya. Jom, cuba resipi mudah ini.

Advertisements

Bahan:

  • ½ kg udang, dibuang kulit (kulit udang direbus dengan sedikit air, ke tepikan)
  • Minyak untuk menumis
  • 2 camca besar air asam jawa
  • 2 camca besar cili sos
  • 1 camca besar sos tiram
  • 1 batang serai, dititik
  • Gula dan garam secukup rasa
  • Petai secukupnya, dibuang kulit
  • 1 biji bawang besar, dihiris

Bahan dikisar:

  • 20 tangkai cili kering
  • 7 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih

Cara membuatnya:

  1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar sehingga garing.
  2. Masukkan serai, sos cili, sos tiram, air asam jawa dan air rebusan kulit udang.
  3. Bubuh gula dan garam secukup rasa. Kacau sebati. Masak sehingga mendidih.
  4. Masukkan udang, petai dan hirisan bawang besar. Kacau rata dan masak dengan api besar (jangan masak udang terlalu lama supaya tidak keras).
  5. Apabila udang masak, padamkan api. Angkat.
* Kami mengalu-alukan penyertaan anda di ruangan ini. Caranya, hantarkan gambar masakan bersama resipinya, nama anda bersama sekeping gambar untuk tujuan siaran melalui emel mediawriter1@gmail.com.-Editor

 

 

comments

FOLLOW US ON:
MAS terkejut dakwaan
Asam Rebus Perut Lem

mediawriter1@gmail.com

Rate This Article:
NO COMMENTS

LEAVE A COMMENT

Optimized with PageSpeed Ninja