Saturday, Aug 18, 2018
HomeHiburan/SelebritiSarimah Ibrahim selamat bertunang

Sarimah Ibrahim selamat bertunang

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara popular, Sarimah Ibrahim selamat melangsungkan pertunangan dengan cucunda Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke-10, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar, 42, yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di sini, hari ini.

Advertisements

Perkenalan sepanjang sembilan bulan ketika sama-sama menghadiri majlis makan malam seorang kenalan membuka ruang kepada perkenalan pasangan ini.

Sarimah ketika ditemui selepas majlis pertunangan itu nyata gembira dan bersyukur kerana majlis berlangsung lancar.

“Tempoh sembilan bulan kalau diikutkan cukup untuk kami kenal hati budi masing-masing, tetapi sebenarnya untuk betul kenal seseorang, sembilan tahun belum tentu cukup kerana manusia sentiasa berubah.

Tetapi kami senang dengan sikap masing-masing yang seterusnya membawa kepada majlis pertunangan ini malah kata putus juga disepakati untuk kami melangsungkan pernikahan yang akan diadakan pada 2 April 2015 nanti,” katanya.

Tunku Ampuan Negeri Sembilan, Tuanku Najihah Tuanku Besar Burhanuddin turut berangkat hadir ke majlis pertunangan itu.
Hadir sama, kedua-dua ibu bapa pasangan, Tunku Dara Naquiah Alharhum Tuanku Jaafar, Tunku Mudzaffar Tunku Mustapha, Ibrahim Ahmad dan Elizabeth Ibrahim Hanlon.-Sumber: BH Online

comments

FOLLOW US ON:
Koleksi Mark and Spe
Ini 10 Blog Pilihan

mediawriter1@gmail.com

Rate This Article:
NO COMMENTS

LEAVE A COMMENT

Optimized with PageSpeed Ninja