This domain has recently been listed in the marketplace. Please click here to inquire.

spamcheckr.com

“Saya tak dipaksa menyanyi…” Zamani (Slam)

0
Tempoh reman Zamani Slam yang ditahan berkaitan kes dadah Rabu lalu tidak disambung dan dia telah dibebaskan dengan jaminan polis.

Tempoh reman Zamani Slam yang ditahan berkaitan kes dadah Rabu lalu tidak disambung dan dia telah dibebaskan dengan jaminan polis.

VOKALIS Kumpulan Slam, Zamani hari ini mengakui tiada sebarang paksaan berlaku ketika anggota polis yang terbabit merakamkan dia menyanyi lagu, Gerimis Mengundang pada hari pertama ditahan di lokap pada Rabu.

Penyanyi yang ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya itu berkata, dia menyanyi dengan rela hati kerana diminta berbuat demikian secara baik selepas anggota polis itu memberitahu mereka peminat Slam.

“Saya tidak dipaksa menyanyi atau berlaku sebarang kekerasan, saya menyanyi selepas individu itu betul-betul menunjukkan dia peminat tegar Slam namun dia berjanji rakaman itu hanya untuk simpanan peribadi saja,” ujar Zamani di pejabat peguamnya, Ahmad Zaharil Muhaiyar di Villa Damansara, di sini, selepas dibebaskan dari tahanan reman awal pagi Sabtu.

Terdahulu, tempoh reman Zamani Slam yang ditahan berkaitan kes dadah Rabu lalu tidak disambung dan dia telah dibebaskan dengan jaminan polis. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairuddin mengesahkan perkara terbabit dan memberitahu Zamani dibebaskan selepas proses dokumentasi selesai pada kira-kira jam 9.45 pagi di Balai Polis Hulu Kelang.

Ditanya mengenai maklum balasnya berkenaan rakaman dan penyebaran video itu, Zamani berkata dia tidak akan mengambil sebarang tindakan kerana dia tidak mahu menutup periuk nasi orang lain. Bagaimanapun, dia mengakui terkilan dengan penyebaran video tersebut yang dianggap mengaibkan maruahnya dan keluarga.

“Ketika itu saya yakin rakaman berkenaan hanya untuk simpanan peribadi saja.Silap saya, tidak lihat semula rakaman video itu yang nampak jelas tangan saya bergari. Apabila melihat rakaman video itu, saya sangat malu dengan masyarakat yang menontonnya,” ujarnya.

Zamani turut merayu agar masyarakat tidak lagi berkongsi video itu dilaman sosial.

Ditanya mengenai pembebasannya, Zamani bersyukur dan lega apabila diberi peluang kedua untuk memperbetulkan kesilapan.

Dia yang ditahan Rabu lalu di sebuah rumah di Taman Keramat, Ampang bersama seorang wanita berusia 33 tahun bersedia menjalani pemulihan bagi mengatasi ketagihannya.

Sepanjang 10 tahun terbabit dengan penyalahgunaan dadah, dia mengakui telah dua kali ke pusat pemulihan Agensi Dadah Kebangsaan (AADK) namun tidak berhasil kerana malu kehadirannya dikenali.

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

Leave A Reply