Seks selepas bersalin, kenapa takut?

0
Secara psikologi, selepas bersalin wanita memerlukan pemanasan lebih panjang ketika melakukan hubungan seks. (Gambar hiasan)

Selepas bersalin, wanita memerlukan pemanasan lebih panjang ketika melakukan hubungan seks. (Gambar hiasan)

“MALAM tadi suami mahu bersama, tetapi saya tolak. Saya tak yakin dengan diri sendiri, macam mana kalau rasanya tak sama seperti sebelum bersalin?” Luah Salwa yang sudah sebulan habis berpantang anak sulongnya.

Ya, ramai wanita berasa bimbang apakah hubungan kelamin selepas bersalin akan memberi kepuasan sama seperti sebelumnya. Ada juga yang takut mahu bersama pasangan kerana bimbang mendatangkan rasa sakit, khususnya jika mengalami jahitan atau pembedahan.

Ketakutan melakukan hubungan kelamin selepas bersalin boleh menjadi rumit seperti masalah kemurungan, gelisah secara tiba-tiba apabila bersama pasangan dan menolak hubungan kelamin.

Selepas bersalin, hubungan seks boleh dilakukan selesai tempoh berpantang atau 40 hari pasca bersalin. Ahli kebidanan dan kandungan menyarankan, hubungan seks boleh dilakukan dalam tempoh empat hingga enam minggu selepas bersalin. Ini untuk memberi peluang pada tubuh untuk sembuh dan keadaan rahim serta bahagian kelamin kembali pulih seperti sedia kala. Ada juga beberapa fakta mengatakan, tubuh cepat sembuh jika ibu menyusui bayinya.

Tip ini mungkin boleh membantu anda dan pasangan kembali intim dan berkeyakinan ketika melakukan hubungan seks;

Anda perlu mendaftar untuk membaca keseluruhan kandungan portal ini. Login menggunakan kotak di sidebar. Tidak mendaftar? Klik di sini untuk mendaftar
Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

Leave A Reply