Saturday, Aug 18, 2018
HomeInspirasi DapurSemanis Buah Melaka

Semanis Buah Melaka

BUAH MELAKA, antara manisan kegemaran ramai tanpa mengira usia dan bangsa. Kuih tradisi ini mudah didapati pada bila-bila masa sahaja. Cara membuatnya sangat mudah dan bahan yang digunakan juga ringkas. Jom kita lihat cara membuatnya.

Advertisements

Bahan:

  • Air untuk merebus
  • 2 cawan tepung pulut
  • Garam halus secukupnya
  • 1 camca teh air bancuhan kapur makan
  • 20 helai daun pandan dikisar dengan air secukupnya, tapis dan ambil airnya
  • Gula melaka dipotong-potong kecil
  • Kelapa muda, diparut

Cara membuatnya:

  1. Di dalam periuk, masak air secukupnya sehingga mendidih.
  2. Buat doh buah melaka; Di dalam mangkuk, campur tepung pulut, garam halus, air bancuhan kapur makan dan air daun pandan. Uli sehingga adunan tidak melekat pada jari.
  3. Ambil sedikit adunan, dibentuk bulat dan leparkan. Bubuh inti gula melaka dan bulatkan semula. Ulang proses sama sehingga adunan habis.
  4. Apabila air telah mendidih, masukkan adunan buah melaka. Rebus sehingga adunan terapung dan angkat.
  5. Buah melaka yang telah diangkat bolehlah disalut dengan kelapa parut. Selamat mencuba.
* Kami mengalu-alukan penyertaan anda di ruangan ini. Caranya, hantarkan gambar masakan bersama resipinya, nama anda bersama gambar untuk tujuan siaran melalui emel hipandabaca@gmail.com.

 

 

 

comments

FOLLOW US ON:
Aliff Omar Ali pilih
Kek aiskrim pelbagai

mediawriter1@gmail.com

Rate This Article:
NO COMMENTS

LEAVE A COMMENT

Optimized with PageSpeed Ninja