Semarakkan cinta dengan Lux Soft Touch

0
Wajah Lux, Nur Fazura Sharifuddin bersama Bunga Citra Lestari.

Wajah Lux, Nur Fazura Sharifuddin bersama Bunga Citra Lestari.

MANDI, waktunya untuk menghargai dan membelai tubuh. Dengan haruman istimewa, Lux mengajak anda menikmati wangian eksklusif yang memikat dihasilkan pakar haruman terbaik dunia menerusi titisan sabun mandi terbarunya, Koleksi Klasik Lux dengan Wangian Eksklusif.

Diadun dengan haruman halus yang dicipta pakar haruman terkemuka dunia, koleksi ini pasti memberi pengalaman mandian istimewa setiap hari, selain menyemarakkan suasana saat bersama arjuna hati.

Lima varian Lux Soft Touch dengan lembapan SilkEssence.

Lima varian Lux Soft Touch dengan lembapan SilkEssence.

Koleksi Klasik Lux dengan Wangian Eksklusif ini menawarkan keunikan tersendiri untuk setiap lima variannya. Lux Soft Touch diperkaya dengan gabungan bunga mawar, freesia, melur dan mimosa untuk mencipta haruman kaya unsur flora. Lux Velvet Touch dengan haruman bunga eksotik dan musk untuk anda yang mahu tampil menggoda  dan Lux Magical Spell diadun dengan ekstrak orkid hitam, peoni, melur dan tuberose untuk bauan penuh unsur mistik. Manakala Varian Lux White Impress diperkaya ekstrak mulberi dan madu untuk membangkitkan pesona penuh elegan, sementara Lux Aqua Sparkle mengandungi kebaikan garam mineral dan rumpai laut, mencipta aroma yang cukup ringan dan menyegarkan tubuh.

Lima varian memikat, mempersona dan menawan hati ini bukan sahaja mewangikan tubuh dengan haruman tahan lama, malah memanjakan tubuh anda dengan lembapan SilkEssence yang membantu kulit kekal lembut.

‘Ignite The Sparks’ dengan menampilkan Ashraf Sinclair dan  isterinya, Bunga Citra Lestari sebagai 'Pasangan Sparks' Malaysia dan Indonesia.

‘Ignite The Sparks’ dengan menampilkan Ashraf Sinclair dan isterinya, Bunga Citra Lestari sebagai ‘Pasangan Sparks’ Malaysia dan Indonesia.

Bersempena dengan pelancaran produk baru ini, Lux memperkenalkan kempen ‘Ignite The Sparks’ dengan menampilkan Ashraf Sinclair dan  isterinya, Bunga Citra Lestari sebagai ‘Pasangan Sparks‘ Malaysia dan Indonesia.

Koleksi Klasik Lux yang baru boleh didapati di semua kedai runcit utama. Lux 950ml berharga RM17.90 dan 220ml berharga RM6.00 manakala pek isian semula 600ml berharga RM8.90

Selain itu, bermula 28 April hingga  6 Julai 2014, anda berpeluang memenangi percutian romantik ke Itali bernilai RM17,000, Maldives bernilai RM9,000 atau Bali bernilai RM4,000 bersama insan tersayang. Caranya, kongsi gambar kenangan yang menyemarakkan rasa cinta bersama si dia di laman Facebook Lux Malaysia. Tiga gambar dengan mesej ringkas terbaik akan dipilih.

 

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

Leave A Reply