Sensasi Tisu Muka Wangi Kleenex®

0
Seduhan wangian pati minyak ros atau bunga sakura ke dalam Tisu Muka Wangi Kleenex® 3 – Lapis, yang memberikan pengalaman indah dan bermakna kepada pengguna.

Seduhan wangian pati minyak ros atau bunga sakura ke dalam Tisu Muka Wangi Kleenex® 3 – Lapis, yang memberikan pengalaman indah dan bermakna kepada pengguna.

Bau wangi pakaian yang baru dibasuh, aroma biskut sedang dibakar dalam ketuhar atau haruman semerbak bunga mekar memang mengujakan dan mampu mengukir senyuman di wajah kita. Wangian yang mengasyikkan ini turut membantu menyemarakkan semangat, sekali gus menjadikan kita lebih positif dan bermaya, walaupun berada dalam keadaan tertekan atau membebankan.

Baru-baru ini, Kleenex® memperkenalkan cara baharu untuk menikmati kelembutannya, dengan seduhan wangian pati minyak ros atau bunga sakura ke dalam Tisu Muka Wangi Kleenex® 3 – Lapis, yang memberikan pengalaman indah dan bermakna kepada pengguna.

PengarahPemasaran, Kimberly-Clark Malaysia, Raman Tarun, berkata, tisu muka ini menawarkan cara baharu kepada rakyat Malaysia untuk menikmati pengalaman ini.

“Pada dasarnya, setiap kali seseorang menggunakan tisu muka wangi kami, ia akan mengubah perlakuan membersih yang biasa kepada pengalaman deria yang akan menyemarakkan semangat mereka, menjadikan segalanya lebih mudah untuk menghadapi sebarang situasi dalam kehidupan seharian.

“Jadi, dengan menggunakan wangian mawar dan bunga sakura dengan kelembutan tisu muka kami yang memang terkenal, kami telah menghasilkan gabungan pelbagai deria untuk memberikan pengaruh positif kepada kehidupan seharian dan perhubungan kita.”

Bagi memperkenalkan keluaran baharu yang mengujakan ini, anda dijemput menyertai gerakan “kuasa kewangian” melalui aktiviti media sosial – serlahkan kelembutan dan kewangian dalam kehidupan seharian anda dan kehidupan orang tersayang dengan mendapatkan sampel tisu muka terbaharu ini di http://powerofscent.kleenex.com.my dan kongsikan mesej yang menyemarakkan semangat di media sosial dengan hashtag #KleenexPowerofScent.

Tisu Muka Wangi Kleenex® 3 – Lapis terbaharu boleh didapati dalam bungkusan kotak (RM10.30 untuk empat bungkusan 74 helaidan RM 14.55 untuk empat bungkusan 114 helai) dan pek kecil (RM5.35 untuk empat bungkusan 46 helai).

Maklumat mengenai Kleenex®, layari www.facebook.com/Kleenex.Malaysia atau hubungi Talian Khidmat Pelanggan Kimberly-Clark di 1-800-82-1188 (bebas-tol) pada hari minggu dari 9 pagi hingga 5 petang.

 

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

Leave A Reply