Senyum memikat, nafas segar

0
SAFI COMPLETE CARE, rangkaian lengkap dengan tujuh tindakan penjagaan mulut optimum dari SAFI jenama halal no.1 tempatan.

SAFI COMPLETE CARE, rangkaian lengkap dengan tujuh tindakan penjagaan mulut optimum.

“AMBOI, pagi-pagi lagi sudah tersenyum lebar. Bau mulut pun segar, apa rahsianya? Kongsilah dengan saya.” Shima tersenyum manis tatkala dipuji teman sekerjanya, Wanie.

Mengukir senyum penuh keyakinan dan kesegaran menjadi dambaan siapa sahaja. Memahami keinginan itu, SAFI memperkenalkan inovasi produk inovasi produk terbaharunya SAFI Complete Care.

Rangkaian lengkap produk penjagaan mulut ini diperkaya dengan formula dan ramuan antiseptik  herba asli yang diperakui secara saintifik untuk memberikan perlindungan optimum.

Formulasi sains alamiahnya diperakui secara klinikal dan diperhebat dengan agen antibakteria Tri – P. Membantu bertindak secara bersepadu dengan ramuan asli yang mampu melawan tujuh masalah utama kesihatan mulut selain memberi dwi perlindungan daripada bakteria hingga 12 jam

SAFI Complete Care terdapat dalam bentuk ubat gigi dan ubat kumur yang setiap satunya hadir dalam dua variasi, untuk melengkapkan keperluan khusus kesihatan mulut setiap pengguna.

Rangkaian SAFI Complete Care ini satu lagi inovasi teknologi produk SAFI, jenama halal no.1 tempatan yang memenuhi keperluan pengguna muslim moden kini, khususnya yang ingin produk kecantikan dan penjagaan diri terkini dan halal, seiring kehendak syarak.

 

SAFI Complete Care ubat gigi dan ubat kumur tanpa alkohol – Kayu Sugi & Sirih:Safi2

  • Memutih dan menguatkan gigi
  • Menghalang pembentukan bakteria dan mencegah nafas berbau
  • Melindungi gigi melalui proses pemineralisasian gigi
  • Ia juga mengandungi ekstrak pudina yang berfungsi untuk menyegarkan nafas

SAFI Complete Care ubat gigi dan ubat kumur tanpa alkohol – Limau Kasturi:Safi.1

  • Diperkaya dengan Vitamin C untuk menguatkan gusi
  • Melindungi gigi melalui proses pemineralisasian gigi
  • Mengandungi ekstrak pudina ekstra untuk mencegah masalah nafas berbau dan memberi nafas segar berpanjangan

Alami tujuh manfaat ekstrak semula jadi rangkaian SAFI Complete Care:tujuh

Hadir dalam rekabentuk bungkusan produk terkini, rangkaian SAFI Complete Care – Ubat Gigi (160 g) dijual pada harga RM 5.60 (Semenanjung Malaysia) dan RM 5.90 (Sabah & Sarawak).

Rangkaian SAFI Complete Care – Ubat Kumur (250 ml) dijual pada harga RM 6.90 (Semenanjung Malaysia) dan RM 7.20 (Sabah & Sarawak). Boleh didapati di diseluruh pasaraya utama, farmasi dan kedai runcit terpilih.

 

 

 

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

Leave A Reply