Sesi ‘meet & greet’ bersama Fauziah Latiff

0

BERSEMPENA pelancaran kaunter produk jenama SKII, di AEON Wangsa Maju hari ini, pengunjung yang membeli produk itu pada harga RM229 dan ke atas berpeluang bergambar serta tandatangan daripada dutanya, Fauziah Latiff. Manakala dengan pembelian RM100, menerima voucher kosmetik bernilai RM20.

Sementara itu, menjadi duta Malaysia bagi produk kecantikan antarabangsa, SK II sepanjang 16 tahun, Fauziah Latiff atau lebih mesra dengan panggilan Gee mengakui bersyukur kerana terus diberi kepercayaan menjadi sebahagian daripada ‘keluarga besar’ jenama tersohor itu.

Kak-Jee2

Walaupun pernah menerima tawaran untuk menjadi duta produk kecantikan lainnamun dia lebih selesa terus setia bersama jenama unggul itu.

“Saya bersyukur kerana terus diberi kepercayaan menjadi duta hingga kini. Antara sebab utama saya dapat bertahan kerana mereka dapat memberi apa yang saya mahukan. Pada masa sama saya juga dapat memenuhi permintaan mereka, ” katanya ketika ditemui pada majlis itu, hari ini.

Kak-Jee3SKII

Berkongsi petua kecantikkan yang dimilikinya sambil tersenyum manis, Jee berkata, tiada petua khusus yang diamalkan. Kata penyanyi lagu popular Teratai Layu Di Tasik Madu itu, dia hanya memakai solekan apabila diperlukan.

“Saya tak amalkan petua kecantikan tertentu, hanya bersolek apabila perlu. Kalau tiada apa-apa acara, saya lebih senang keluar rumah tanpa solekan. Memang itu yang saya selalu saya praktikkan dan saya selesa sebegitu,” katanya yang menjadi mengamalkan penjagaan wajah dengan menggunakan produk SKII sejak tahun 1998.

“Saya bukan jenis yang cerewet dalam rutin penjagaan kecantikan, tetapi produk ini memang sesuai dengan saya sejak dulu lagi,” tambah Jee yang masih aktif melakukan aktiviti lasak seperti menyelam di dasar laut dan menunggang motosikal berkuasa tinggi.

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

Leave A Reply