Friday, Apr 20, 2018
HomeBeritaShahir AF8 sedang rapat dengan Erra Fazira

Shahir AF8 sedang rapat dengan Erra Fazira

“Antara saya dan Erra kami masih dalam proses mengenali diri masing-masing. Apa pun saya tidak dapat untuk komen dengan lebih lanjut,”

WALAUPUN sebelum ini berdolak-dalik, akhirnya juara Akademi Fantasia musim kelapan iaitu Shahir mengakui dia kini sedang berkawan dengan pelakon cantik Erra Fazira.

Advertisements

Jelas penyanyi lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan itu, tidak salah untuk dia berkawan dengan rakan-rakan seperjuangan apatah lagi artis berpengalaman seperti Erra.

“Antara saya dan Erra kami masih dalam proses mengenali diri masing-masing. Apa pun saya tidak dapat untuk komen dengan lebih lanjut,” ujar Shahir.

Ditemui semasa Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 tempoh hari, Shahir mengakui  Erra merupakan individu tepat sebagai sumber rujukan terbaik untuk artis-artis muda sepertinya.

“Saya anggap Erra Fazira sebagai Erra Fazira. Dia seorang artis berpengalaman yang boleh dijadikan sumber rujukan artis-artis baru seperti saya,” jelasnya lagi.

Dalam pada itu, Erra yang ditemui di majlis anugerah yang sama enggan memberi sebarang maklumbalas apabila ditanya tentang perkara yang sama.

“Kalau boleh saya tidak mahu memberi komen apa-apa selain dari ABP. Kehidupan peribadi saya, saya tidak mahu komen. Hari ini adalah hari ABP,” kata Erra.

Terdahulu timbul desas-desus yang mengatakan Erra dan Shahir dilihat keluar bersama dan dikatakan sedang rapat.

Erra Fazira atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek sebelum ini sah bercerai dengan bekas suami Engku Emran Engku Zainal Abidin 39 tahun. Mereka dikurniakan seorang anak iaitu Engku Aleesya yang kin berusia 5 tahun. – Astro Awani
 

comments

FOLLOW US ON:
Coklat Cadbury ada D
Ajal tiga hari sebel

mediawriter1@gmail.com

Rate This Article:
NO COMMENTS

LEAVE A COMMENT

Optimized with PageSpeed Ninja