Sharnaaz Ahmad buat pemeriksaan MRI

0

KRISIS membabitkan  Sharnaaz Ahmad, Lisdawati dan Fauzi Nawawi masih belum selesai memandangkan mereka enggan meminta maaf dan saling menuding jari. Bagaimanapun, di sebalik ketegangan itu, Sharnaaz masih mampu ‘berlawak’ dengan membuat pemeriksaan otak (MRI) seperti disaran Fauzi.

sharnaaz

Fauzi dalam satu kenyataannya,  berang apabila isterinya ditengking Sharnaaz. Dia menyarankan pelakon itu mendapatkan rawatan kerana bimbang menghidap masalah mental. Mungkin tercabar dengan dakwaan itu, Sharnaaz telah berkongsi sekeping gambar di media sosial. Gambar itu menunjukkan dia tersenyum memegang imbasan otak sambil menunjukkan isyarat bagus.

Tulis Sharnaaz di dalam akaun Instagramnya:-
“Saya dah buat MRI MRA.. Scan otak pun dah.. Di kawal rapi oleh Dr @sherrini dari PPUM.. Saya lulus, otak saya sihat dan jugak hensem otak saya hehe.. Anda bagaimana??? Sudah check? #halussssss

 

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

Leave A Reply