Sharnaaz Ahmah bikin panas lagi

0

SASATU demi satu kontroversi mengaitkan pelakon, Sharnaaz Ahmad sejak akhir-akhir ini. Terbaharu, tulisannya menerusi ucapan selamat hari jadi yang ditujukan kepada bapanya menerusi laman sosial, Instagram menjadi bualan hangat gara-gara meletakkan seniman tersohor tanah air, P.Ramlee pada paras kaki jika dibandingkan kehebatan seorang bapa.

Happy birthday my dear Papa.. Masa susah masa senang, tak akan nampak dgn adanya kasih seorang papa yg hebat.. Ur my legend and ur my idol.. Tak pernah ada satu manusia pun yg lagi hebat untuk diklasifikasikan sebagai idola selain papa.. P. ramlee pun paras kaki ja nak di bandingkan dgn kehebatan seorang papa.. My one and ONLY idol.. Tak payah tanya dah sapa idola gua lepas ni ya.. Salam.. Happy birthday my dear love papa!! We all love u so much..

Sharnaaz memuat naik status berkenaan bersempena hari lahir bapanya, Basir Ahmad, 68. Dalam perkembangan berkaitan, Sharnaaz berkata dia menganggap tindakannya itu bukan satu kesalahan sebaliknya hanyalah gurauan semata-mata. Katanya, gurauan seperti itu seringkali dilakukannya dan  tidak perlu diambil serius mana-mana pihak.

“Lagi pula saya ingin memberitahu mengenai kelebihan bapa saya berbanding P.Ramlee di sudut pandangan mata saya sebagai seorang anak.Perkara itu seharusnya tidak menjadi isu kerana saya baik dengan keluarga serta anak Allahyarham P.Ramlee dan mereka duduk berhampiran saja dengan rumah kami. Saya rasa pihak mereka pun tidak kisah dan menganggap ia hanya sekadar gurauan sahaja,” katanya.

Tulisan Sharnaaz bersempena hari jadi bapanya cetus kontroversi.

Tulisan Sharnaaz bersempena hari jadi bapanya jadi bualan hangat.

Sementara itu, bercerita mengenai bapanya, Sharnaaz mengakui kekuatan bapanya melawan penyakit ketumbuhan otak memberi banyak pengajaran kepadanya.

“Bapa saya baru saja menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di otak baru-baru ini. Dia sudah lama menghadapi penyakit itu. Ini pembedahan keduanya, sebelum ini pembedahan pertama ketika saya dilahirkan. Saya kagum dengan kekuatan dia melawan penyakit sambil membesarkan kami adik-beradik,” katanya.

Sementara itu, cucu kepada Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, Najua, 28, sudah lali dengan hinaan masyrakat terjhadap datuknya termasuklah guraaan Sharnaaz Ahmad yang meletakkan taraf senimaan agung itu pada ‘paras kaki’.

Najua,  anak kepada Allahyarham Nasir P.Ramlee berkata, dia sekeluarga menerima dengan hati terbuka status Sharnaaz itu kerana apa yang diperkatakan pelakon tersebut adalah pandangan peribadinya.

“Saya dan keluarga sudah tidak kisah dan lali dengan pandangan dan hinaan orang ramai mengenai Allahyarham. Kalau nak diikutkan, kata-kata Sharnaaz itu hanya sikit kalau dibandingkan tohmahan orang lain yang lebih teruk daripada itu,” katanya ketika mengulas status terbaharu Sharnaaz Ahmad menerusi Instagram miliknya itu.

Sumber: Mstaronline

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

Leave A Reply